Sedar atau tidak, sudah lebih satu tahun satu dunia sedang berusaha memerangi pandemik COVID-19. Namun, peluang nampakknya semakin cerah untuk kita kembali hidup seperti sediakala dengan penciptaan vaksin-vaksin daripada beberapa pengeluar vaksin yang sudah terbukti keberkesanannya. Diharapkan kita dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, kemunculan beberapa varian baru penyakit ini telah menimbulkan kebimbangan sama ada vaksin sedia ada mampu mengelakkan jangkitan varian virus ini yang dipercayai terhasil daripada mutasi.
Bagi memudahkan pakar-pakar kesihatan mengkaji lebih mendalam varian virus ini, maka Pertubuhan Kesihatan Dunia telah mengklafikasisikan beberapa jenis varian ini sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).
Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI)
Mengikut informasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat 1 Jun 2021 terdapat 3 VOC dan 3 VOI sudah dikesan di Malaysia seperti data dalam jadual di atas. Namun, tahukah anda apakah perbezaan antara VOC dan VOI?
VOC boleh diterjemahkan sebagai varian yang mana terdapat bukti peningkatan penularan, simptom yang lebih teruk (misalnya peningkatan kadar kemasukan ke hospital atau kematian), penurunan peneutralan yang signifikan oleh antibodi yang dihasilkan semasa jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan atau vaksin atau kegagalan pengesanan diagnostik.
VOC juga memerlukan satu atau lebih tindakan kesihatan awam yang sesuai seperti pemberitahuan kepada WHO di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa, usaha tambahan di peringkat tempatan atau wilayah untuk mengendalikan penyebaran, peningkatan pengujian atau penyelidikan untuk menentukan keberkesanan vaksin dan rawatan terhadap varian.
VOC amat membimbangkan kerana sebab-sebab berikut:
- Penularan jangkitan dengan pantas
- Jangkitan dengan gejala dan komplikasi teruk
- Kurang keberkesanan perlindungann vaksin
- Kesukaran mengesan jangkitan
Sementara itu Variant of Interest (VOI) pula merupakan varian dengan penanda genetik tertentu yang telah dikaitkan dengan perubahan pada pengikatan reseptor, pengurangan peneutralan oleh antibodi yang dihasilkan terhadap jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan atau ramalan peningkatan penularan atau keparahan penyakit.
VOI mungkin memerlukan satu atau lebih tindakan kesihatan awam yang sesuai, termasuk peningkatan pengawasan mengikut urutan atau penyelidikan epidemiologi untuk menilai seberapa mudah virus itu terebar ke orang lain, keparahan penyakit, keberkesanan terapi dan apakah vaksin yang digunakan sekarang mampu menawarkan perlindungan.
Apa yang ada pada varian yang berbeza?
Setiap VOC mempunyai nama saintifik masing-masing. Namun, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang awam, maka pihak WHO telah memberi nama atau label yang lebih mudah dirujuk seperti dalam jadual di atas - Alpha, Beta, Gamma dan Delta.
Mengikut klasifikasi pihak WHO di seluruh dunia, terdapat 4 VOC yang perlu diberikan perhatian serius. 4 VOC tersebut adalah seperti berikut:
- Varian UK, Kent atau Alpha (juga dikenal sebagai B.1.1.7) banyak direkodkan di Britain dengan lebih daripada 200,000 kes dikenal pasti dan telah merebak ke lebih dari 50 negara dan nampaknya masih bermutasi lagi
- Varian Afrika Selatan atau Beta (B.1.351) telah dikenal pasti di sekurang-kurangnya 20 negara lain
- Varian Brazil atau Gamma (P.1) telah merebak ke lebih dari 10 negara lain
- Varian India atau Delta (B.1.617.2) di mana lebih daripada 12,000 kes telah dicatatkan di seluruh UK sahaja
Nama atau label yang lebih mudah ini dipilih setelah perbincangan yang luas dan tinjauan banyak sistem penamaan yang berpotensi. WHO telah memanggil sekumpulan pakar dari seluruh dunia untuk membincangkannya, termasuk pakar yang merupakan sebahagian daripada sistem penamaan, ahli tatanama dan ahli taksonomi virus, penyelidik dan pihak berkuasa nasional.
Perubahan karakter virus selepas mutasi
Satu mutasi, yang disebut N501Y, yang ditunjukkan oleh varian Alpha, Gamma dan Beta nampaknya menjadikan virus lebih mudah menjangkiti sel dan menyebar. Varian Beta dan Gamma juga mempunyai mutasi penting yang disebut E484K yang dapat membantu virus menghindari antibodi, bahagian utama sistem imun yang membantu tubuh melawan jangkitan.
- Varian Alpha (B.1.1.7) - Muncul di UK pada bulan September 2020 dan kira-kira 50 peratus lebih banyak berjangkit dan mungkin mempunyai peningkatan risiko kematian. Kini varian dominan di Amerika Syarikat dan juga sudah mula dikesan di Malaysia.
- Varian Beta (B.1.351) - Muncul di Afrika Selatan pada bulan Mri 2020. Varian ini nampaknya tersebar dengan lebih mudah. Ia juga mempunyai kesan yang signifikan terhadap keberkesanan beberapa ubat antibodi monoklonal dan mengurangkan keberkesanan antibodi yang dihasilkan oleh jangkitan COVID-19 sebelumnya atau vaksin COVID-19.
- Gamma (P.1) - Muncul di Brazil pada November 2020. Mempunyai kesan mutasi yang serupa dengan B.1.351.
- Delta (B.1.617.2) - Muncul di India pada Oktober 2020. Varian ini dipercayai 50% lebih mudah menjangkiti berbanding varian Alpha dan varian ini dijangka menjadi varian dominan diperingkat global pada masa hadapan kerana kadar kebolehjangkitannya yang tinggi.
Adakah vaksin masih berfungsi melawan varian virus COVID-19?
Vaksin yang digunakan pada masa kini dihasilkan berdasarkan kajian terhadap versi koronavirus yang lebih awal, tetapi para saintis percaya bahawa vaksin-vaksin in masih lagi berkesan, walaupun mungkin tahap efektifnya berkurangan terhadap sesetengah daripada varian ini.
Penyelidikan makmal menunjukkan antibodi yang dapat melawan jangkitan, sama ada dihasilkan oleh pengambilan vaksin atau jangkitan masa lalu mungkin agak kurang berkesan terhadap varian Delta. Walau bagaimanapun, dua dos vaksin Pfizer atau AstraZeneca masih melindungi orang ramai daripada jatuh sakit yang teruk.
Data sebenar juga menunjukkan bahawa vaksin Pfizer dapat melindungi dari varian baru, walaupun mungkin sedikit kurang efektif. Data dari pasukan pembangun vaksin Oxford-AstraZeneca menunjukkan bahawa ia melindungi dengan baik terhadap varian Alpha. Ia menawarkan perlindungan yang lebih sedikit terhadap varian Beta, tetapi masih tetap melindungi daripada penyakit yang teruk.
Selain itu, satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa varian Gamma mungkin menentang antibodi pada orang yang telah pulih dari Covid sebelum itu. Beberapa hasil awal pula menunjukkan vaksin Moderna berkesan terhadap varian Beta, walaupun tindak balas imun yang dicetuskan mungkin lebih lemah dan hanya untuk jangka masa pendek.
Kredit: