Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/zarazya

Pelakon Zara Zya dikhabarkan telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya pada bulan lepas.

Malah, Zara juga baru-baru ini telah memuatnaik sebuah foto keadaan terkininya menerusi Instagram yang menunjukkan parut jelas kelihatan di sekitar bahagian telinganya kesan pembedahan yang terpaksa dilakukannya itu.

Walaubagaimanapun, Zara dilaporkan masih belum sihat sepenuhnya tetapi yakin akan sihat semula serta berdoa agar penyakit ini tidak muncul lagi selepas ini.

Alhamdulillah, dah boleh gelak happy-happy dah. Ada sisa bengkak sikit saja lagi tapi jangan layan sangat. Saya anggap saya seratus-peratus dah sihat.


Cuma kena rajin gerak-gerakkan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya belum mampu dapatkan reaksi sebenar.


Buat masa sekarang malas nak tengok cermin sangat. Saya reda dan yakin akan pulih. Semoga penyakit ini tidak akan kembali, amin.

Zara juga sedang menggunakan beberapa nasihat yang diberikan oleh peminatnya seperti mengunyah gula-gula getah sebagai sebuah bentuk senaman untuk saraf muka.

Untuk pengetahuan, Zara telah menjalani pembedahan tersebut pada awal bulan lepas memandangkan ianya semakin membesar serta dibimbangi boleh menyebabkan kanser.

Sumber berita: mStar Online & beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)