Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/zarazya & Instagram.com/alhaalfa

Pelakon Zara Zya dan jurusolek yang sering menjadi pilihannya, Alha Alfa bekerjasama dalam memberikan sumbangan kepada mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Zara Zya berkata sumbangan tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri dengan kelab peminat di Malaysia dan juga Singapura.

Kutipan ini saya terima sesama kami di kelab peminat dari Malaysia dan Singapura.


Baru-baru ini pun saya ada menyertai karnival jualan di Singapura dan ada di antara mereka yang bermurah hati menyumbang, sekali gus mengurangkan beban mangsa kebakaran itu.


Hari ini, kami akan menentukan jumlah semua derma yang diberikan itu. Saya dan Alha akan cari tarikh yang sesuai untuk menyerahkan sumbangan, selewat-lewatnya mungkin minggu depan.

Dalam pada itu, Alha terdahulu pernah menjadi bualan ramai setelah aksi menyolek dirinya untuk kelihatan seperti aktor Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, kutipan sebanyak RM20,000 bakal disalurkan kepada pusat tahfiz berkenaan.

Alhamdulillah, saya berjaya mengumpul RM16,000 daripada mereka yang datang belajar bersolek pada bengkel solekan amal saya anjurkan 16 September lalu hasil yuran RM250 seorang yang saya kenakan.

Semua yuran saya peroleh itu akan diserahkan kepada mangsa tragedi. Saya turut menjual produk kosmetik sendiri, dengan hasil jualan mencecah RM4,000.

Selepas tolak kos sewa tempat bengkel solekan dan beberapa perkara lain, insya-Allah sebanyak RM20,000 dapat dihulurkan kepada pusat tahfiz itu.

Aktiviti amal itu dilakukan kerana Alha sendiri pernah ditimpa musibah yang sama apabila rumah keluarganya di Kuala Lumpur terbakar dua hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Saya sendiri dapat rasa apa yang pelajar tahfiz itu rasa. Rumah keluarga kami terbakar ketika saya masih kecil. Memang sebak apabila tempat kita berlindung hangus dijilat api.

Antara selebriti lain yang pernah terlibat dalam memberikan bantuan terhadap mangsa tragedi kebakaran tersebut ialah Aaron Aziz, Datuk Seri Vida dan kumpulan Usrah Suci yang diusahakan barisan artis Muslimah termasuk Yatt Hamzah.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)