Oleh pada 10 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Hafreez Adam & Instagram Zara Zya

    

Pelakon Hafreez Adam mengakui sedang berhadapan konflik membabitkan hubungan pertunangannya dengan aktres, Zara Zya.

Hafreez, 29, berkata, dia kini dalam usaha mencari titik penyelesaian untuk meleraikan kemelut yang timbul.

“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Bagaimanapun, Hafreez berkata, tiada istilah putus tunang antara mereka.

Beliau yang juga tidak lagi mengikuti Zara di Instagram, menjelaskan ia susulan enggan menerima sebarang tekanan ketika melalui fasa sukar.

   

zara zya hafreez putus tunang

Kredit foto: Instagram Hafreez Adam

    

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk 'unfollow' Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita," katanya.

Dalam pada itu, Hafreez berkata, hubungan mereka sebelum ini pernah cuba dirosakkan oleh pihak tertentu, walhal sebelum pertunangan pada 12 Oktober lalu tiada pula ujian yang timbul.

"Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.

"Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang," katanya.

   

Sumber berita: Hafreez Adam, Zara Zya - Retak?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)