Kebiasaannya apabila seseorang pelukis atau pengkarya meninggal dunia, hasil lukisannya mungkin akal dijual dalam majlis amal kutipan derma dan sebahagiannya mungkin didermakan kepada pihak-pihak tertentu seperti muzium.

Namun, berlainan pula dengan hasil-hasil lukisan seorang pelukis dari Amerika Syarikat iaitu Bob Ross apabila setelah kematiannya, ramai pihak tertanya dimanakah karya-karya tersebut telah disimpan? Ianya tiba-tiba hilang tanpa sebarang berita. Malah, tiada pihak mendakwa menyimpan karya-karya tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Maka, timbul pertanyan daripada para peminat-peminatnya kemanakah pergi karya-karya lukisan beliau itu? Adakah kesemuanya telah didermakan kepada muzium atau dijual kepada individu persendirian yang mahukan namanya disembunyikan?

Siapakah Bob Ross?

pelukis terkenal amerika

Bob Ross merupakan salah seorang pelukis ikonik Amerika Syarikat di abad ke 20. Beliau terkenal kerana rambut afronya, personaliti yang menarik dan karya-karya bertemakan landskapnya yang memukau.

Bob Ross dilahirkan di Pantai Daytona, Florida oleh Jack dan Ollie Ross, masing-masing seorang tukang kayu dan pelayan restoran dan dibesarkan di Orlando, Florida. Ketika zaman remajanya, beliau berminat merawat haiwan yang cedera, termasuk armadillos, ular, buaya dan tupai dan pengalaman ini ada dipaparkan dalam beberapa episod rancangan televisyennya.

Pada tahun 1961, Bob Ross yang ketika itu berusia 18 tahun telah mendaftar untuk menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat dan dimasukkan ke dalam perkhidmatan sebagai juruteknik rekod perubatan. Beliau telah naik ke pangkat sarjan utama dan bertugas sebagai sarjan pertama di klinik di Pangkalan Tentera Udara Eielson di Alaska.

Disitulah di mana beliau pertama kali melihat salji dan pemandangan gunung-ganang yang kemudian menjadi inspirasinya berkarya dan muncul sebagai tema berulang kali dalam lukisannya. Beliau memanfaatkan masa rehatnya untuk mengasah teknik melukisnya yang cepat.

Kerjaya sebagai pengkarya dan pelukis

koleksi karya bob ross

Selama 20 tahun kerjaya bersama pasukan Tentera Udara, Ross mengembangkan minat untuk melukis setelah mengikuti kelas seni di Anchorage U.S.O. Beliau sering mempunyai pertentangan pendapat dan pandangan dengan banyak tenaga pengajar lukisannya yang lebih berminat dengan lukisan abstrak.

Bob Ross bekerja sebagai bartender sambilan ketika dia menemui rancangan TV bernama "The Magic of Oil Painting" yang dihoskan oleh pelukis Jerman Bill Alexander. Bill Alexander menggunakan gaya lukisan abad ke-16 yang disebut alla prima (bahasa Itali untuk 'percubaan pertama') yang dikenali sebagai "wet-on-wet" yang membolehkannya menghasilkan lukisan dalam masa tiga puluh minit.

Bob Ross belajar dan menguasai teknik itu dan mula melukis dan kemudian berjaya menjual landskap pemandangan Alaska yang dilukisnya. Akhirnya, pendapatan beliau dari penjualan lukisannya melebihi gaji ketenteraannya dan beliau mengambil keputusan untuk bersara dari Tentera Udara pada tahun 1981 dengan pangkat terakhirnya sebagai sarjan utama.

Beliau kemudiannya kembali ke Florida dan mula belajar secara serius dengan Bill Alexander dan bekerja dengannya sebagai jurujual dan tenaga pengajar. Salah seorang anak murid Bob Ross, Annette Kowalski berpendapat beliau boleh berjaya sekiranya bergerak dengan syarikatnya sendiri.

Annette Kowalski, Bob Ross dan isterinya akhirnya berjaya mengumpulkan dana yang cukup daripada simpanan mereka untuk menubuhkan syarikat sendiri. Walapun tidak menggemarinya rambut kerintingnya, beliau tetap menyimpannya sehingga panjang memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada identiti syarikatnya itu.

Kemunculan dalam program televisyen

the joy of painting

Nama Bob Ross mula meningkat naik melalui siaran televisyennya sendiri yang diberi nama "The Joy of Painting". Ianya merupakan program edukasional berdurasi selama setengah jam yang dihoskannya dan ditayangkan kepada penonton antara 11 Januari 1983 sehingga 17 Mei 1994.

Dalam setiap episod, beliau mengajarkan teknik untuk lukisan landskap menggunakan cat minyak dan akan melengkapkan lukisan tersebut pada setiap sesi. Program ini mengikuti format yang sama dengan rancangan "The Magic of Oil Painting" yang dihoskan oleh mentornya, Bill Alexander. Semasa ditayangkan dahulu, ia memenangi tiga Anugerah Emmy.

Program yang dihoskannya ini menarik perhatian ramai kerana lukisan yang dihasilkan dibuat tanpa sebarang draf atau contengan terlebih dahulu, sebaliknya berpandukan imaginasinya semata-mata dalam masa nyata. Beliau akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana sesuatu lukisan tersebut disiapkan.

Dengan bantuan Annette dan Walt kowalski, beliau menggunakan rancangan televisyennya untuk mempromosikan rangkaian produk berkaigan peralatan seni dan rakaman kelas, membina perniagaan Bob Ross Inc. yang bernilai $15 juta yang kemudiannya berkembang merangkumi kelas yang diajar oleh pengkarya lain yang dilatih menggunakan kaedah dan teknik lukisannya.

Kematian Bob Ross dan pewarisan karya seninya

Selepas kematian Bob Ross, hak milik syarikat itu diserahkan kepada Kowalskis. 

Terdapat lebih daripada 400 episod program tayanganyna itu dan hanya beberapa episod yang tidak menampilkan lukisan baru Bob Ross baru. Ini bermaksud terdapat sekurang-kurangnya 1,100 lukisan asli Bob Ross yang pernah dihasilkannya. Namun, kemanakah kesemua karya itu?

Sepasukan pengkaji dari akhbar New York Times telah melakukan kajian untuk menjejaki karya-karya Bob Ross yang ditinggalkan selepas kematiannya. Hasil daripada kajian tersebut telah membawa mereka ke ibu pejabat Bob Ross Inc., sebuah bangunan yang menyimpan karya-karyanya dan menjual produk kenang-kenangan Bob Ross.

Dalam laporan video pendek yang dihasilkan oleh New York Times seperti yang kami sertakan di atas, Joan Kowalski, Presiden Bob Ross, Inc., menjelaskan bahawa walaupun syarikat itu memang menyimpan banyak karya Bob Ross iaitu sekitar 1,165 daripadanya, mereka kekurangan sumber untuk menyimpannya dengan betul.

Sebahagian daripada lukisan ini akhirnya mendapat penjagaan rapi setelah Smithsonian National Museum of American History di Washington telah diberi peluang untuk menyimpan sebahagian daripada karya-karya yang sukar ditemui untuk diletakkan di muzim mereka.

Kredit:

  1. New York Times
  2. Wikipedia
  3. Artnet



Hakcipta iluminasi.com (2017)