Kredit foto: sinar.fm
Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sebuah foto menerusi akaun Twitter miliknya dengan kapsyen membandingkan berat bola dengan bayi yang dikandungnya.
Mungkin niat Sharifah Sakinah hanya sekadar untuk bergurau dengan suaminya. Beliau memang terkenal dengan sifat kelakarnya yang seringkali disalahanggap sehingga dikecam orang ramai.
Namun, kapsyen tersebut mendapat perhatian ramai pihak. Malah, ianya mendapat komen negatif terutamanya dari golongan lelaki.
Sumber: ohbulan.com