Kredit foto: ratankekunci.com
Gara-gara memuat naik fotonya keluar dari rumah ketika masih dalam tempoh berpantang, pelakon Sharifah Sakinah menjadi mangsa hentaman para pengikut Instagramnya.
Netizen berang kerana dalam foto berkenaan beliau dengan selambanya mengenakan pakaian sukan disertakan kapsyen yang secara terang-terang mendedahkan perlakuannya.
Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah
Ponteng pantang tepi lif
Netizen beranggapan Sakinah sebagai seorang wanita yang tidak sayangkan badannya sendiri.
Menurut orang ramai, dengan mengamalkan cara pantang yang betul dapat menjamin tubuh badan yang lebih sihat. Sebaliknya, kesannya akan dirasai apabila aktres tersebut telah berusia nanti.
syantieeahmad Sepatutnya anak pertama kita wanita memang perlu pantang sebaik yang mungkin. Sebanyak 44 urut dalam badan kita putus sebaik kita melahirkan anak. Sebab itu kita mesti berpantang selama 45 hari. Dalam 45 hari tu kita perlu jaga pemakanan dan tingkah laku. Bak kata nenek saya, sekarang memanglah engkau tak rasa apa-apa nanti bila umur dah semakin meningkat mulalah sakit satu badan, sakit kepala, kalau dapat ikutlah pantang yang betul ya.
faridahmisa Sokong Iyna.qasehgold. Kesannya bukan sekarang, nanti dah 40 tahun mula nampak kesannya adik oii. Sakit kepalalah, angin keluar dekat 2 tempatlah. Tengok orang dulu-dulu berpantang, matipun sebab sakit tua. Cuma bagitahu saja.
[email protected]_tersoho Setuju. Saya alami sekarang anak nombor enam. Badan sakit-sakit. Menyesal tak pantang betul-betul.
Namun ada juga para pengikutnya yang enggan isu tersebut diperbesarkan kerana memahami tindakan Sakinah yang hanya mahu mengambil angin di luar rumah.
Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah