Kredit foto: Instagram @nelissanezam & Instagram @ammar_alfian
Sebelum ini iaitu pada Mei lalu, isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam bertindak membongkarkan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagram.
Lantas Ammar mengakui kesalahan dilakukan sejurus isterinya itu tampil mendedahkan perbualan mereka menerusi aplikasi Whatsapp, berkaitan hal terbabit.
Ammar yang tidak mendedahkan bentuk kesalahan dilakukan, bagaimanapun menegaskan, dia telah berkali-kali meminta maaf kepada Nelissa.
Terkini iaitu selepas hampir dua bulan, isterinya sekali lagi buka mulut mengenai masalah rumah tangga mereka, yang dikatakan belum selesai.
Ini pendedahan Nelissa:
Kredit foto: Instagram @nelissanezam
“Saya rasa, semua orang sudah tahu apa yang terjadi antara kami. Buat masa sekarang saya mahu fokus pada bayi dalam kandungan sahaja.
“Sekarang ini saya teruja menantikan kelahiran bayi pertama dan tidak mahu memberi tekanan pada diri dengan perkara itu.
“Saya dan Ammar sudah tidak bersama tapi kami masih lagi suami isteri. Cumanya, kami tidak tinggal sebumbung sejak isu tersebut iaitu sekitar Mei lalu.
“Saya dan Ammar akan berbincang selepas bayi kami lahir nanti. Keluarga dan rakan-rakan banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang kehamilan saya."
Nelissa memberi kenyataan sewaktu malam Anugerah Stail Eh! 2019 di EQ, Equatorial Plaza Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Difahamkan, dia dan Ammar kini sedang berada di Barcelona, manakala bayi mereka dijangka lahir pada Ogos ini.
Pasangan itu berkahwin pada 6 Mac 2016 tanpa pendedahan kepada pihak media.
Sumber berita: Mstar