Kredit foto: Instagram Intan Najuwa , Instagram Erinna Fishah , Instagram Melodi TV3 , Facebook Intan Najuwa
Pelakon terkenal, Intan Najuwa, 26, kini sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang pada Jumaat.
Pasangan ini diraikan dalam perkahwinan yang disempurnakan di Hotel One And Only Desaru Coast, Desaru, Johor.
Mereka dinikahkan oleh Datuk Dr Nooh Gadut, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, dengan kehadiran Abdul Wahid, bapa Intan sebagai wali.
Ahmad Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM20,000 bersama dengan wang hantaran bernilai RM222,000.
Difahamkan, pemilihan angka 2 melambangkan dua tahun usia perkenalan pasangan ini.
Intan mengenakan busana pengantin berwarna putih yang direka oleh Fiziwoo, manakala solekannya pula diberikan sentuhan oleh Datuk Alha Alfa.
Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid menamatkan zaman solo di umur 26 tahun. Kredit foto: Instagram Melodi TV3
Seterusnya, majlis resepsi kedua mereka yang membawa tema tradisional dilaporkan bakal mengambil tempat di Rimbunan Event Space, Johor Bahru pada malam ini.
Kahwini Dato Ahmad Azraf Azman, Ini 8 Fakta Pelakon Intan Najuwa Yang Ramai Tak Tahu!
1. Intan Najuwa mempunyai tiga orang adik-beradik dan dia adalah anak kedua dalam keluarganya.
2. Pelakon yang berbadan genit ini adalah warga asal Kota Tinggi, Johor.
3. Semua adik-beradiknya adalah perempuan. Intan Najiha merupakan kakaknya, sementara Intan Nerina adalah adik bongsunya.
4. Pada Disember 2021, Intan mendedahkan bahawa dia sedang mengejar pendidikan dalam jurusan undang-undang di Kolej BAC di Singapura. Pada Mac 2022, melalui satu hantaran yang dikongsi di akaun TikToknya, Intan menarik perhatian ramai dengan keputusan cemerlang yang telah dicapainya dalam peperiksaan akhir semester, meraih dua A bagi subjek Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak.
5. Dalam dunia seni lakonan, beliau memulakan langkah awalnya sebagai watak Abby dalam drama Hantu Punya Bos, penampilan perdana di televisyen. Namun, namanya semakin dikenali apabila beliau memainkan watak Hanan Khaira dalam siri drama Kekasih Paksa Rela.
6. Antara karya lakonannya termasuk dalam beberapa drama berepisod seperti Tuan Danial, Tak Sempurna Mencintaimu, Saat Kau Takluk Cinta Ini, Jodohku Babysitter, Wanita Milik Tuan Putra, Bunga Hati, Setelah Ku Dimiliki, Jesnita, Ironi Kasih dan banyak lagi. Dalam senarai telefilem pula ialah Sempurna Mencintaimu, Pemuja Rahsia, Cinta Sesungguhnya, Nurul Najwa dan Mana Ada Hantu Malam Raya.
Intan mula meraih nama selepas populariti tinggi drama bersiri Kekasih Paksa Rela
7. Intan sebelum ini pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kedah bernama Razrul Anwar Rusli pada 18 Ogos 2019. Walau bagaimanapun, hubungan mereka dilaporkan putus enam bulan kemudian disebabkan tiadanya persefahaman.
Biarpun menggenggam Ijazah Undang-Undang, Intan masih ingin meneruskan pekerjaan sebagai pelakon
8. Intan pada tahun lalu menyatakan bahawa sekalipun dia memiliki ijazah undang-undang, dia tidak berniat untuk meninggalkan dunia lakonan kerana tidak mempunyai hasrat untuk menjadi seorang peguam.
Untuk biodata penuh Intan Najuwa, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Intan Najuwa
Ibu bapa dan adik Intan Najuwa
Hubungan Intan dan bekas tunangnya sebelum ini terlerai selepas enam bulan mengikat pertunangan
Kredit foto: Instagram Intan Najuwa , Instagram Erinna Fishah , Instagram Melodi TV3 , Facebook Intan Najuwa
Kredit video: VLOG 2: A Day In Our Life Raya VER
Sumber:
1. Intan enggan diheret kontroversi jelik
2. Intan Najuwa enggan dikaitkan lagi dengan bekas tunang
3. Rezeki Intan Najuwa mencurah
4. Intan Najuwa kini isteri ahli perniagaan bergelar Datuk, terima wang hantaran RM222,000