Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, sekitar jam 9.11 malam tadi.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa bertempat di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.
Pada majlis itu, Adib menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin. Walau bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan, dan tiada dulang hantaran dari kedua-dua belah pihak.
Majlis pernikahan pasangan yang bertunang pada 26 Februari 2022 itu diserikan oleh hampir 300 tetamu yang mewakili kedua-dua belah keluarga termasuk rakan rapat dan rakan media.
Difahamkan, busana kedua pengantin itu mendapat sentuhan daripada pereka fesyen terkenal, Altelia Amani.
Siapa Wany Hasrita? Bersuamikan Mohd Al Adib Fahmi, Ini 10 Fakta Biodata Wany Yang Ramai Tak Tahu!
1. Wany yang berumur 30 tahun merupakan anak kepada Hasbullah Hassan (bapa) dan Norita Jaafar (ibu). Wany merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai adik beradik lain.
2. Ibu bapa Wany bercerai ketika dia berumur 12 tahun.
3. Sebelum melanjutkan pelajaran di Management & Science University (MSU) Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan, Wany pernah mengikuti program Diploma Pembantu Perubatan.
4. Peranan mencari rezeki untuk menyara ibunya memaksa Wany melangkah ke bidang nyanyian sambil melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
5. Beliau telah merakamkan beberapa lagu terkenal antaranya Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Tajul Ariff), Rintihan Rindu, Ewah Ewah, Terlalu Memuja, Belenggu Rindu (duet bersama Datuk Jamal Abdillah), Canggung, Cinta Khayalan, Pedas (bersama Sophia Liana) dan Kucuma (duet bersama Dato Jamal Abdillah).
6. Wany meraih kemenangan utama pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 pada 2018 menerusi kategori Bintang Paling Popular.
7. Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik, dia pernah digosipkan bercinta dengan rakan penyanyi seperti Tajul Arif, Khai Bahar dan Fairuz Selamat (kumpulan Q Face).
8. Pada 22 Julai 2022, Wany sah bergelar isteri kepada Mohd Al Adib Fahmi Harun yang merupakan pekerja profesional dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.
9. Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak mula mengenali Wany pada tahun 2010 melalui sepupunya yang merupakan kawan rapat Wany. Difahamkan, Wany masih belum bergelar selebriti ketika itu. Hubungan pasangan ini dikatakan sudah rapat sejak 2019.
Kredit foto: IG Wani Hasrita & IG WSVS.Co
10. Wany akan melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila bakal muncul dengan produk berasaskan kosmetik sendiri tidak lama lagi.
Baca: Kahwin Wany Hasrita, Ini 10 Fakta Biodata Mohd Al Adib Fahmi, Suami Wany
Untuk biodata asas Wany Hasrita, baca artikel berikut: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Wany Hasrita
Kredit video: Wany Hasrita sah bergelar isteri… suasana sekitar majlis pernikahan
Sumber:
1. Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi
2. “Tolak gelaran doktor demi ibu” – Wany Hasrita
3. Reda kalau ibu kahwin dulu - Wany Hasrita
7. Wany Hasrita sah milik jejaka profesional industri penerbangan