Kredit foto: Instagram Saixse , Twitter Saixse , Facebook Saixse Bhf

             

Biodata

Nama sebenar: Saiful (Nama penuh tidak didedahkan)

Nama komersial: Saixse

Umur: 21 tahun (2023)

Tarikh lahir: 4 Julai 2002

Agama: Islam

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Penyanyi, Penyanyi Rap, Penulis lagu

Instagram (IG): @saixse

       

Latar Belakang

1. Memulakan pengembaraan muziknya pada usia 14 tahun, Saixse mengambil langkah pertamanya dengan menulis lirik lagu sendiri, sebelum melancarkan kerjaya muzik di Soundcloud, dan akhirnya berjaya mengumpul lebih separuh juta putaran di platform tersebut, sejak itu.

2. Karier beliau terus berkembang apabila beliau mula tampil membuat persembahan secara 'live' di hadapan audiens, yang membawa kepada penghasilan album perdananya yang bertajuk 'XSE' pada tahun 2021. Album ini dikeluarkan di bawah label Nicerrr Sound dan mengandungi 10 buah lagu, menerima pujian meluas dalam dunia maya serta berjaya mencatatkan lebih daripada 700,000 putaran di platform strim.

3. Pada tahun 2022, Saixse melancarkan single 'Malampagi' hasil ciptaannya sendiri sebelum ia meletus sebagai fenomena yang membawanya mendominasi puncak carta platform muzik pada Jun 2023. Lagu itu juga menghuni kedudukan teratas carta lagu harian Spotify Malaysia dan pada bulan yang sama, ia debut sebagai salah satu dari tiga lagu paling tinggi dalam carta lagu Recording Industry Malaysia (RIM).

4. Berikutnya, diikuti dengan penghasilan single remix ‘Malampagi’ yang menampilkan penyanyi MK dari K-Clique. Video muzik untuk single ini diberikan sentuhan oleh pelakon dan bakat tempatan yang terkenal, Nadhir Nasar yang bertindak sebagai pengarah utama, dengan kerjasama Azahari Ali, Afeeq Adzly dan TM Faris. Video muzik itu diperkayakan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon muda popular pada masa ini seperti Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Haziq Nazimuddin dan Sky Iskandar.

5. Video muzik yang secara rasmi dikeluarkan di saluran YouTube pada 4 Julai 2023 itu telah mencatatkan lebih daripada 3.3 juta tontonan dalam tempoh masa sebulan.

6. Selain itu, Saixse juga pernah merakamkan deretan lagu seperti 23, City Pretty Night Lights, Love Me, Vampire, Thousand Thoughts, Better, Tak Percaya, Pioneer, Why Do You Love Me? (bersama UFQ), Save You, Disconnected From Reality, Your Love Feels Different dan Jalan Aku Lalui (Freestyle).

        

Fakta Menarik

1. Penyanyi ini mempunyai darah kacukan Melayu dan Punjabi.

2. 'Malampagi' meledak dalam dunia media sosial, terutamanya di aplikasi TikTok, selepas berita pernikahan penyanyi MK dari K-Clique. Ini kerana ia memaparkan lirik yang dianggap menggambarkan perasaan "patah hati" peminat-peminat MK yang ingin mencari ketenangan selepas mengetahui tentang perkahwinan MK.

3. Antara bahagian lirik dalam 'Malampagi' yang menjadi perbualan dan kegemaran ialah "Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa, bazir masa nak fikir pasal cinta, yea aku sakit, aku healing sampai pagi tak balik".

      

Foto

saixse profile

saixse

saixse malampagi

saixse umur

saixse nama sebenar

malampagi

malam pagi

saixse wikipedia

penyanyi lagu malam pagi

saixse songs

malam pagi saixse

saixse agama apa

saixse siapa

lagu malam pagi

Kredit foto: Instagram Saixse , Twitter Saixse , Facebook Saixse Bhf

       

Video

Kredit video: Saixse X MK K Clique - MALAM PAGI REMIX ( OFFICIAL MUSIC VIDEO ). Komposer: Saixse, Penulis lirik: Saixse , MK K-Clique , Saintdnl

        

Sumber:

1. Pok Ro Bangun Tidur Nyanyi Lagu Saixse?! | Motif Trending

2. Spotify Saixse

3. Tiktok @era.je

4. MK kahwin, lagu Malampagi terus tular

5. BEST FM MALAYSIA

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)