Penulis banyak kali diberitahu tentang desas-desus sistem masyarakat Indonesia yang membenarkan perkahwinan campuran di antara umat Islam dengan individu lain, seperti penganut agama Kristian.

Sangat terkejut penulis sebenarnya  apabila perkara itu disahkan sendiri melalui mulut kawan dari Indonesia serta ditambah dengan pengakuan dalam beberapa video ceramah melibatkan penceramah terkenal dunia, Dr. Zakir Naik. Ramai anak kepada pasangan yang lahir daripada perkahwinan itu terumbang-ambing tidak tahu sama ada mahu jadi Islam atau Kristian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kenapa perkara ini boleh berlaku di negara yang merupakan komuniti penduduk Islam terbesar dunia?

Undang-undang yang 'membolehkan'

pasangan melayu dikahwinkan

Undang-undang mempunyai cara takrifan yang boleh membawa maksud berbeza, sekiranya ditafsirkan dengan cara yang berbeza dan tidak ditulis dengan jelas.

Itu adalah punca utama masalah kepada isu perkahwinan campur di Indonesia. Semua pendaftaran perkahwinan di Indonesia sehingga kini dikawal selia menggunakan Undang-undang perkahwinan Indonesia 1974, yang menyebut dengan jelas bahawa; 'sekiranya sesuatu perkahwinan itu dilangsungkan menurut tuntutan agama dan kepercayaan kedua-dua pihak, maka perkahwinan itu dianggap sebagai sah.'

Frasa 'kepercayaan kedua-dua pihak' itulah yang dimaktubkan dalam undang-undang mereka, dijadikan hujah bagi mana-mana pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan berlainan agama.

kahwin campur indonesia

Disebabkan tiada larangan atau kebenaran yang jelas, kebanyakan kes perkahwinan campur ini diuruskan berdasarkan kepada intepretasi pegawai-pegawai yang menguruskan pendaftaran perkahwinan itu semata-mata. ini menyebabkan ada beberapa daerah seperti Yogyakarta, Salatiga, Surabaya dan Denpasar menjadi terkenal kerana urusan pendaftaran perkahwinan campur di sana, dianggap lebih mudah.

Oleh kerana tiada perincian yang secara eksplisit menyebut larangan perkahwinan campur melibatkan Muslim wujud, segelintir masyarakat Indonesia mengambil kesempatan menggunakan kelompongan ini untuk berkahwin tanpa mempedulikan tuntutan syariat.

Bagai menampal kapal yang bocor dan sedang tenggelam

perkahwinan pasangan kristian

kredit gambar Hipwee.com

Sejak undang-undang itu diperkenalkan, kerajaaan Indonesia cuba memperkenalkan beberapa langkah dalam memastikan tidak ada kekeliruan atau masalah intepretasi terhadap undang-undang mereka seperti yang telah berlaku.

Selepas lebih 9 tahun dasar undang-undang perkahwinan Indonesia 1974 diperkenalkan, barulah kerajaan Indonesia mengeluarkan arahan istimewa Presiden pada tahun 1983 yang ditujukan kepada semua penjawat awam bertanggungjawab melakukan pendaftaran perkahwinan; melarang pendaftaran perkahwinan campur melibatkan individu Muslim.

Bagi membantu memperbaiki pemahaman masyarakat Indonesia dalam memahami undang-undang negara mereka sendiri, kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama memperkenalkan satu penerbitan kompilasi yang diberikan judul 'Kompliasi Hukum Islam di Indonesia' pada tahun 1997.

Kompilasi itu menjelaskan dengan lebih terperinci keperluan-keperluan sesuatu perkahwinan itu untuk diadakan mengikut garis panduan dan permintaan agama Islam. Dalam dua bab yang terkandung di dalamnya, jelas disebutkan larangan berkenaan perkahwinan dengan penganut bukan Muslim dengan orang Muslim; dengan hanya perkahwinan di antara pasangan Muslim sahaja dibenarkan.

Bagaiamanapun, masih terdapat perbezaan besar di antara hukum dalam kompilasi tersebut dengan undang-undang yang diamalkan di negara mereka.

Bagaimana sistem mahkamah menambah kekeliruan

jamal mirdad dan lydia kandou

Masyarakat Indonesia tidak perlu menunggu lama untuk melihat sendiri polemik yang wujud disebabkan masalah-masalah kecelaruan undang-undang ini.

Dalam kes perkahwinan campur yang menggemparkan negara Indonesia pada tahun 1986, pelakon dan penyanyi terkenal Jamal Mirdad yang beragama Islam memilih untuk berkahwin dengan pasangannya, pelakon terkenal Lydia Kandou seorang Kristian Protestan.

Perkahwinan itu yang dilakukan dengan cara perkahwinan sivil mendapat liputan media Indonesia disebabkan status pasangan itu, menimbulkan perbincangan hangat yang menimbulkan perbahasan serta mempersoalkan status perkahwinan itu. Walaupun sudah berlangsung, perkahwinan itu dianggap tidak sah oleh kerajaan Indonesia sehingga tahun 1995.

mahkamah agung susanto 365

Sebuah lagi kes melibatkan pasangan berlainan agama melibatkan seorang wanita Muslim dan lelaki Protestan, yang dinafikan pendaftaran perkahwinan mereka oleh badan agama Islam Indonesia disebabkan status wanita itu.

Kes itu dibawa ke Mahkamah Agung Indonesia untuk dibicarakan dan keputusan mahkamah sendiri memutuskan undang-undang perkahwinan Indonesia tidak mempunyai penerangan yang jelas, sama ada dibenarkan atau dilarang perkahwinan campur dilakukan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung Indonesia merasakan pasangan tersebut mempunyai alasan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dengan badan pendaftaran negara tersebut, asalkan wanita itu secara jelas tidak mahu berkahwin menurut tatacara Islam dan seterusnya rela murtad - sekaligus menyebabkan hukum syariah yang diperkenalkan tidak terpakai ke atas dia.

Kembali pada kisah keluarga Jamal Mirdad dan Lydia Kandou tadi. Tak dapat dinafikan perkahwinan mereka panjang usianya, dikurniakan empat orang cahaya mata semuanya dengan dua daripadanya mengikut jejak langkah ibu dan ayahnya terjun ke dalam bidang seni, iaitu Nana dan Naysila Mirdad.

Kedua-duanya memilih untuk mengikut pegangan ibu mereka yang beragama Kristian Protestan sementara dua lagi adik beradik mereka mengikut ayah beragama Islam.

Rujukan

VOA

Law.gov




Hakcipta iluminasi.com (2017)