Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/realfarawahida

Dek kerana jarang berkongsi foto bersama suami di laman sosial, ramai bertanya-tanya adakah rumah tangga penyanyi Farawahida bersama Shukur Mohd Zain sedang dilanda masalah.

Malah, pasangan yang sudah berkahwin sejak Disember 2013 itu juga tidak mempunyai gambar bersama yang dimuat naik di laman sosial penyanyi itu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Bagaimanapun, Farawahida menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu sebaliknya menyifatkannya sebagai sesuatu yang sudah terjadi sejak dahulu selain suaminya terpaksa berulang-alik ke Indonesia atas urusan kerja.

Rumah tangga kami macam biasa. Tiada apa yang berubah pun. Ikutkan dari dulu lagi, jarang gambar suami dimuat naik di laman sosial.

Suami pun tak suka nak dedahkan dirinya. Begitupun memang ada gambar kami berdua di laman sosial. Bukan tiada langsung. Cuma memang tak semua gambar kami dikongsi untuk tatapan umum.

Macam Aidilfitri tahun ini, kami sempat beraya bersama. Cuma keadaan tidak berapa sesuai untuk kami ambil gambar, maka tak ada gambar kami beraya pun.

Memandangkan usia perkahwinan yang sudah mengampiri 4 tahun, Farawahida tidak ketinggalan ditanyakan soal cahaya mata.

Baik saya dan suami, memang kami teringin untuk memiliki anak. Tapi belum ada rezeki ke arah itu.


Seperti pasangan lain, kami pun nak lengkapkan rumah tangga dibina ini dengan kehadiran cahaya mata. Tapi kuasa Tuhan, semua itu belum menyebelahi kami.

Sementara itu, Farawahida kini bakal muncul dengan lagu duet berjudul 'Mengapa Harus Aku' bersama seorang penyanyi wanita yang masih lagi dirahsiakan.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)