Oleh pada 15 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram Shila Amzah

Dibandingkan dengan Neelofa, penyanyi Shila Amzah tampil dengan kenyataan balas berang!

Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah memberi respon terhadap individu kurang sopan yang membandingkannya dengan Neelofa dalam satu kenyataan pedas.

Kata komen yang dilayangkan oleh seorang netizen di video Youtube beliau itu, berbunyi:

"Jangan awak cuba untuk bertutur seperti Neelofa. Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperoleh 10A dalam SPM. Awak pula hanya dari Convent Bukit Nenas dalam kelas aliran sastera yang hanya untuk pelajar-pelajar kurang cerdik. Kami tahu sejarah silam hidup awak."

Dalam kenyataan balasnya, Shila dengan 'panas' berkata, dia sudah acapkali berhadapan dengan manusia bersifat seumpama itu.

"Inilah antara jenis manusia yang perlu saya hadap setiap hari," tulis Shila.

Sementara itu, Shila menafikan dakwaan dia pernah menuntut di sekolah yang diutarakan individu berkenaan.

"Fakta dia tunggang terbalik. Suka hati sahaja cakap saya dari Convent Bukit Nenas (walaupun sebenarnya saya berhasrat untuk menuntut di situ)," sambungnya lagi.

Dalam pada itu, Shila menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan sebagai kelakar, selain mempersoalkan kewarasannya.

"Hahaha. Lawak betul. Adakah mental awak stabil?" akhirinya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram Story itu.

jangan nak cakap macam neelofa shila amzah mengamuk 2

Kredit foto: beritamemey.blogspot.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)