Baru-baru ini muncul berita panas mengenai rancangan terbitan IPO syarikat ANT, yang dianggarkan bakal menjadi yang tertinggi di dunia. Namun, secara tiba-tiba rancangan itu seolah-olah terhenti apabila terdapat halangan keras daripada kerajaan China sendiri.
Apa yang sebenarnya berlaku?
Kumpulan ANT adalah sebuah organisasi Fintech, yang dikendalikan oleh orang terkaya di Chiina iaitu Jack Ma yang juga pengasas bersama Kumpulan Alibaba. Beliau ingin menjadikan menyenaraikan syarikat ini dalam pasaran saham melalui Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam.
BESARKAN TEKS A- A+
Sekiranya usaha ini berjaya, syarikat ini bakal menjana $37 bilion, terbesar di dunia atas penjualan IPO ini dan angka ini jauh lebih besar daripada dana yang diperolehi syarikat Arab Saudi, Aramco.
Namun, pada saat-saaf, inisiatif itu mendapat tamparan hebat dari pihak berkuasa China kerana kerajaan telah bertindak menangguhkan penyenaraian syarikat itu secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kesan teruk kepada Jack Ma, yang merupakan salah satu usahawan yang paling dikagumi di China, dan juga anggota Parti Komunis yang memerintah negara itu.
Menurut beberapa sumber, tindakan ini dilakukan untuk mengurangkan kuasa Jack Ma terutamanya dalam ekonomi dan politik. Ianya juga bertujuan untuk memberikan amaran keras kepada rakyatnya - tidak ada seorang pun di negara itu yang boleh menjadi lebih besar dari kerajaan.
Konflik idea dengan kerajaan China
Jack Ma melihat dirinya sebagai seorang yang merendah diri (kerana latarbelakang keluarganya dan pernah menjadi seorang guru) dan pada masa sama seorang yang bercita-cita besar mahu menguasai dunia melalui syarikatnya.
Kedua idea yang bertentangan ini - seorang guru yang sederhana dan ego seorang jutawan - telah wujud selama dua dekad sejak permulaan Alibaba di sebuah apartmen Hangzhou.
Dalam beberapa dekad sejak itu, Jack Ma dan segelintir jutawan teknologi lain berjaya menyelinap ke dalam sistem komunis China melalui syarikat swasta mereka yang tersenarai di luar negara, yang nilainya mampu bersaing dengan syarikat besar lain seperti Amazon dan Alphabet.
Kerajaan China walau bagaimanapun tidak memandang Jack Ma sebagai individu yang mempunyai cita-cita besar dan usahawan yang cemerlang, sebaliknya mereka melihatnya sebagai parasit pada sistem kewangan yang diatur. Kerajaan juga melihatnya sebagai simbol ketidaksamaan pendapatan dan perbezaan kekayaan, kontradik dengan idealogi fahaman komunis.
Sesetengah pihak juga percaya halangan ini turut mempunyai motif politik. Menurut sumber dipercayai, arahan halangan ini dikeluarkan sendiri oleh Presiden China, Xi Jinping selaku satu-satunya individu yang mempunyai autoriti untuk melakukannya. Sebelum itu, usaha penjualan IPO ini sebenarnya sudahpun mendapat kebenaran Suruhanjaya Peraturan Sekuriti China.
Kelantangan Jack Ma mengkritik kerajaan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perumpaan ini mungkin sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang dihadapi Jack Ma. Sebagai seorang ysng berpengaruh luas dan bercita-cita besar, Jack Ma sememangnya seorang yang lantang bersuara.
Ketika Jack Ma naik ke pentas memberi ucapan di forum kewangan di Shanghai hanya beberapa hari setelah mendapat persetujuan untuk menyenaraikan Ant, beliau secara khusus mengkritik peraturan yang dicadangkan yang mewajibkan Ant memiliki lebih banyak pemilikan saham dalam syarikat tersebut. Sekiranya dilaksanakan, ini akan menjadikan terbitan IPO Ant kurang menguntungkan dan akan meletakkannya pada kedudukan yang sama dengan bank sendiri.
Namun, Jack Ma melihat peraturan baru itu sebagai ancaman langsung terhadap model perniagaannya yang membebani Ant dengan keperluan modal yang besar yang akan mengurangi kemampuannya untuk memberi pinjaman. Dia mengkritik pengawal undang-undang, sistem perbankan China dan bahkan sistem peraturan kewangan Basel.
Bagi Jack Ma, Basel umpama kelab warga emas, ianya hanya menyelesaikan masalah sistem kewangan yang sudah tua yang telah beroperasi selama beberapa dekad. Tetapi masalah di China adalah sebaliknya, risiko sebenarnya adalah masalah sistem kewangan itu sendiri.
Menurut lagi, intipati institusi kewangan adalah pengurusan kredit. Kita mesti mengubah mentaliti kedai pajaj gadai kewangan hari ini dan bergantung pada pengembangan sistem berasaskan kredit. Kebanyakannya hari ini masih mempunyai mentaliti umpama kedai pajak gadai.
Komen-komen itu, walaupun sebagian besarnya adalah tepat, adalah serangan langsung terhadap cara bank-bank China meminjamkan wang di bawah pengawasan bank pusat, yang dikawal oleh parti pemerintah. Hal ini seterusnya menjadikan konflik antara Jack Ma dan kerajaan bertambah parah.
Kesan buruk kepada usaha IPO Ant
Chen Zhiiwu, seorang professor di University of Hong Kong berkata Jack Ma mungkin mengkritik kerajaan kerana menyangka bahawa usaha penyenaraian Ant telah hampir berhasil. Walau bagaimanapun, tindakan agresif tersebut sebenarnya telah memakan dirinya apabila kerajaan mula masuk campur untuk menggagalkannya.
Tindakannya ini secara langsung mempunyai kesan buruk terhadap usaha penyenaraian Ant. Malah, ramai pihak menyangka ramai pemilik bisnes lain akan turut terkesan.
Pada 17 November lalu, wakil kerajaan mula mengeluarkan kenyataan bahawa kebenaran yang diberikan bakal bergantung kepada penstrukturan semula kerangka peraturan dalam aspek teknologi kewangan dan kebenaran itu juga bergantung pada bagaimana syarikat memberi reaksi terhadap perubahan persekitaran yang dilakukan.
Walaupun kerajaan China mengatakan mereka hanya menarik balik kebenaran yang diberikan buat sementara, ramai pihak menjangka bahawa kebenaran tersebut akan dibatalkan terus.
Anggaran nilai pasaran gabungan kedua syarikat gergasi Alibaba dan Ant milik Jack Ma adalah $ $1.1 trilion. Sejak keputusan itu diambil, harga saham Alibaba telah jatuh 12% di bursa saham Hong Kong disebabkan para pelabur mula menjangka kegagalan terbitan IPO Ant ini mungkin akan memberi impak buruk kepada Jack Ma secara langsung.
Kredit: