Kredit foto: Instagram.com/izreenazmindafc
Pelakon Izreen Azminda yang sedang dihambat kontroversi menyelar tindakan segilintir individu tidak bertanggungjawab yang mencipta akaun Instagram palsu mendakwa ia akaun baru kepunyaannya.
Menurutnya. dia cuma memiliki satu akaun rasmi sahaja iaitu @izreen.azminda. Namun, akaun itu dinyahaktifkan buat sementara waktu sejak 2 Mac lepas dan bakal diaktifkan kembali apabila tiba waktu yang sesuai.
Kenyataan itu dibuat aktres jelita itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram kelab peminatnya iaitu @izreenazmindafc.
Nama Izreen menjadi bualan ramai setelah suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertamanya ketika itu, Intan Liana Saleh tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk menjalani proses lafaz cerai pada 28 Februari lepas.
Pasangan itu sah bercerai talak satu pada Khamis lepas. Ekoran itu, para netizen bersimpati dengan Intan walhal dia telah bersetuju untuk bermadu dengan Izreen.
Pesanan dari #izreenazminda 😘 So @therealizreenazminda jangan nk menyamar jd izreen bagai okey!
A post shared by Official FC Izreen Azminda (@izreenazmindafc) on
Untuk pengetahuan, Ude yang juga merupakan pemuzik bebas mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri (3 tahun) dan Ariq Muqri (1 tahun).
Pada November tahun lepas, Izreen mengumumkan telah berkahwin secara tertutup dengan Ude pada 8 Ogos 2017. Namun, berita itu terpaksa disembunyikan bagi menghormati permintaan suaminya itu.
Izreen memilki seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar (5 tahun) hasil perkahwinannya sebelum ini dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza.
Sumber berita:
1. myartis.com
2. mStar Online