Kredit foto: Twitter @izreenazminda & Astro Gempak

Aktres Izreen Azminda mengakui bukan niatnya hendak merampas kebahagiaan insan lain, namun ia hanyalah sekadar takdir apabila terpaksa berkongsi kasih sayang seorang suami.

Izreen, 32, yang mendapat kecaman hebat di media sosial, terkilan kerana menganggap orang ramai di luar sana menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui kisah sebenar.

"Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

"Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

"Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri," katanya menerusi laporan portal BH Online.

Beliau juga mengharapkan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, tidak mengabaikan kedudukan isteri pertama dan dua anak mereka.

"Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.

"Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik," katanya.

Di kesempatan yang sama, ibu kepada Muhammad Adrian Umar, 4, itu turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberikan kerjasama dalam mengulas isu itu sebelum ini.

"Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya," katanya.

Mengenai majlis doa selamat yang sepatutnya berlangsung pada 7 Disember ini, Izreen berkata, penjelasan yang diberikannya kini sudah memadai kerana dia enggan lagi memanjangkan perkara itu demi menjaga hati beberapa pihak.

Teka-teki perkahwinan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 ini terjawab apabila isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Saleh, 32, membuat pengakuan pasrah dimadukan dengannya.

Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, Izreen sah bergelar isteri kepada pemuzik bebas itu pada jam 10 pagi.

selepas ude dedah sudah kahwininya ini pula kata izreen azminda 2

selepas ude dedah sudah kahwininya ini pula kata izreen azminda 3

selepas ude dedah sudah kahwininya ini pula kata izreen azminda 4

Kredit foto: Astro Gempak

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)