Oleh pada 04 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Youtube rotikayahq & rotikaya.com

Pelakon Rita Rudaini berada di pihak teman baiknya, Izreen Azminda yang memilih untuk menjadi isteri kedua.

Rita berkata, dia tidak mencampuri keputusan yang dibuat Izreen, walaupun sebelum ini ada menasihati beliau agar tidak merampas suami orang.

“Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia.

"Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang.

"Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang," katanya.

Terdahulu, Izreen memaklumkan telah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Radzi Abdul Wahid, atau nama panggilannya Ude, pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Namun, nama Rita turut terpalit kerana sebagai kawan baik, dia dianggap menyokong keputusan wanita itu.

Dalam pada itu, Rita berkata, masyarakat tidak seharusnya mengherdik Izreen sekiranya beliau mampu melunaskan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik.

"Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya,” katanya.

Dalam masa sama, Rita juga menasihati Izreen agar menjadi isteri yang bertanggungjawab dan menjaga hubungan baik dengan madunya.

Sumber berita: Astro Gempak & Astro Awani 




Hakcipta iluminasi.com (2017)