Umum sedia maklum dengan majlis pernikahan aktres Izara Aishah dan Adib Khalid yang bakal berlangsung hari ini.
Malam tadi (Khamis) pasangan ini terlebih dahulu diraikan dalam malam berinai diadakan di Damansara.
Mencuri perhatian, penampilan Izara begitu memukau hingga kelihatan tak ubah bak ‘mannequin’ dalam sarinya!
Izara jelita menggayakan persalinan rekaan Shanel Harun serta disempurnakan dengan solekan oleh Syed Faizal Noh.
Difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Tidak ketinggalan Datuk Siti Nurhaliza turut hadir membuat kemunculan.
Majlis akad nikah Adib dan Izara akan diadakan hari ini secara tertutup, dihadiri keluarga dan teman rapat.
Diikuti majlis resepsi kedua-dua pihak di sebuah hotel di ibu kota pada Ahad ini.
Sumber berita: Astro Gempak
Kredit foto: Instagram MIG Drama , Instagram Siti Nurhaliza , Instagram shanellharun & Instagram Syed Faizal Syed Noh