Dengan sekali lafaz, anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Adib Khalid, 27 sah bergelar suami kepada aktres jelita Izara Aishah, 25.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada jam 9 malam tadi dalam majlis akad nikah yang diadakan di sebuah lokasi perkahwinan di Damansara.

Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Izara menerima mas kahwin RM700 bersama lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan.

Manakala, Izara membalas kembali dengan tujuh dulang.

Majlis dimeriahkan dengan kunjungan 500 tetamu daripada keluarga kedua-dua pengantin, rakan selebriti dan teman rapat.

Pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Mereka turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pihak perempuan selesai acara akad nikah.

Mendapat sentuhan perancang perkahwinan GlamWeddings, majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua mempelai adalah hasil ilham dan sentuhan pereka fesyen terkemuka Dato’ Rizalman Ibrahim manakala barang kemas daripada Habib. Tatarias disempurnakan oleh Khir Khalid.

Antara kelibat artis yang kelihatan termasuk Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

izara aishah dan adib khalid selamat bernikah 2

izara aishah dan adib khalid selamat bernikah 3

izara aishah dan adib khalid selamat bernikah 4

izara aishah dan adib khalid selamat bernikah 5

izara aishah dan adib khalid selamat bernikah 6

Sumber berita: Astro Gempak

Kredit foto: Instagram ckayliow , Instagram Ghaz Abu Bakar , Instagram Fazlina Ahmad Daud , Instagram Amirul Luiz & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)