Oleh pada 05 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sajat

     

Usahawan kosmetik, Nur Sajat mengakui berasa tenang sepanjang keberadaannya di kota Mekah.

Pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu berkata, dia menyimpan hasrat untuk kekal berada di tanah suci itu bagi melakukan amal jariah dengan bersedekah kepada masyarakat sekeliling.

"Fisabilillah sadaqah jariah di Kota Makkah, saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini.

"Jika banyak lagi masa, hari-hari sajat nak bagi macam ni, Insya-Allah," katanya yang memberi kenyataan menerusi kapsyen sebuah kiriman terbaharu laman sosial Instagramnya, pada pagi Rabu.

Entri itu disertai sebuah video pendek memaparkannya memakai jubah dan tudung berwarna hitam, sambil mengagihkan makanan kepada jemaah di kota Mekah.

Sebelum ini, usahawan sensasi itu hanya berdiam diri selepas isu dia mengenakan pakaian wanita ketika mengerjakan umrah di sana.

Dalam pada itu, netizen menerusi ruangan komen memohon agar beliau kembali ke pangkal jalan dengan mengambil teguran yang telah diberikan oleh masyarakat sebelum ini.

    

nur sajat 794

Kredit foto: Instagram Sajat

    

"Elok dah bersedekah tu tapi penampilan tetap haram disisi tuhan, tak rasa bersalah ke makcik-makcik tu himpit dengan kau, sedarlah, cuci hati dan rendahkan ego kembali ke pangkal jalan.

"Tempuhi kebenaran dengan hati yang reda, semoga beroleh hidayah dari Allah SWT. Sedekah tak salah, yang salah menidakkan ciptaan Allah.

"Janganlah menghukum, kita bukan tuhan nak tentukan dosa dan pahala seseorang, hanya tuhan yang maha mengetahui, cukup jaga amalan sendiri," ulas beberapa netizen di bahagian komen.

Terdahulu, laman sosial hangat memperkatakan mengenai perkongsian gambar Sajat di Instagram yang mengenakan telekung dan lengkap berjubah serta bertudung labuh.

Ia mengundang kemarahan ramai yang menganggap ia sebagai penghinaan terhadap agama Islam.

    

Sumber berita: Sajat kongsi video terkini, bertelekung hitam sambil bersedekah - “Saya tenang… kalau boleh nak sentiasa berada di sini!”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)