Selepas berabad-abad lamanya dipinggirkan oleh para sarjana, kini karya dan ciptaan hebat dunia Islam diperakui kehebatannya dan menjadi ilham kepada saintis, artis dan ahli falsafah di seluruh dunia.

Karya dan ciptaan dunia Islam bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kebanyakan ciptaan dan pemikiran klasik dunia Barat tetapi sarjana Muslim sendiri banyak membuat penemuan baru mereka sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Koleksi Khalili yang dihimpun oleh Nasser D. Khalili selama lima dekad merangkumi kira-kira 35,000 karya dunia dari keseluruhan 1400 tahun tamadun budaya Islam. Koleksi ini membantu menonjolkan hasil kreatif tamadun Islam dan pengaruhnya terhadap Barat.

Ismail al-Jazari

Salah satu kes paling menarik adalah mengenai seorang pencipta pada abad ke-12/13 yang bernama Ismail al-Jazari. Beliau bukan sahaja meletakkan asas untuk kejuruteraan moden, hidraulik dan robotik tetapi reka bentuk ciptaannya akan mengujakan mana-mana peminat kepada buku nota Leonardo da Vinci.

ciptaan ismail al jazari

Malah, Ismail al-Jazari juga didakwa sebahagian sejarawan sebagai individu yang memberi inspirasi kepada da Vinci sendiri.

Ismail al-Jazari bekerja di istana Artuqid di Diyarbakir, Turki, di mana beliau menjadi ketua jurutera ketika itu. Beliau berjaya menyiapkan karya-karya hebatnya sejurus sebelum meninggal dunia pada tahun 1206.

Semasa hidupnya, Ismail berjaya merekodkan 100 peranti pintar yang digambarkan dengan begitu indah dan jelas. Ciptaannya terdiri daripada mesin penjana air, jam sehinggalah kepada alat muzik robotik.

Zaman keemasan Islam

Ismail al-Jazari beroperasi dan menghasilkan banyak inovasi dalam sains, seni dan falsafah ketika dunia Islam berada pada zaman keemasannya. Ahli kimia seperti Jabir Ibn Haiyan dan pakar matematik seperti Al Khwarizmi telah pun membuktikan kejayaan mereka yang tersebar jauh dari tanah Islam.

buku pengetahuan al jazari

Orang yang sezaman dengan Ismail al-Jazari termasuklah ahli falsafah besar iaitu Ibn Rushd dan Ibn Arabi. Malah, Ismail al-Jazari sendiri mengakui bahawa sebahagian besar ciptaannya adalah ilham daripada pakar-pakar yang lahir sebelumnya.

Pada tahun 1206, Buku Pengetahun Al-Jazari hanya tersedia untuk pelanggan kaya yang mampu menghasilkan ciptaan berdasarkan reka bentuknya. Malangnya, sangat sedikit daripada ciptaan awal ini dapat bertahan untuk selama beberapa dekad.

Salah satu ciptaan al-Jazari yang terkenal adalah kunci gabungan empat dail pertama untuk peti besi. Hanya lima peti besi dari awal abad ke-13 dengan kunci kombinasi empat dail pada penutupnya yang diketahui masih lagi wujud.

Peti besi keselamatan pertama

Salah satu daripadanya yang boleh dikatakan paling terbaik telah dicipta pada awal abad ke-13 di tempat kelahiran Ismail al-Jazari yang kini berada dalam simpanan Koleksi Khalili.

peti khalili

al jazari chest

Kunci gabungan pada "Peti Khalili" itu mencerminkan ciptaan yang terdapat dalam Buku Pengetahuan Al-Jazari dengan begitu tepat. Dalam buku itu, Ismail melakarkan peti besi dengan empat dail kunci gabungan di setiap sudut penutup dan setiap satunya menggunakan 16 daripada 28 abjad Arab yang mewakili nombor.

Peti Khalili ini dihiasi dengan corak bertatahkan perak dengan seni pertukangan yang rumit. Ia adalah salah satu ciptaan hebat memandangkan waktu dan lokasi peti ini dihasilkannya.

Ukiran yang bermotifkan Kristian ini dipercayai telah dihasilkan oleh penaung Kristian yang kaya berdasarkan Buku Pengetahuan Al-Jazari. Peti Khalili ini juga dipercayai satu-satunya peti keselamatan ciptaan Ismail al-Jazari yang dihasilkan oleh orang Kristian.

Walau bagaimanapun, Peti Khalili masih mengekalkan penggunaan abjad Arab seperti yang ditulis oleh Ismail al-Jazari.

Ilham kepada Leonardo da Vinci

Kesan saintis Muslim terhadap Leonardo da Vinci secara umumnya dapat dilihat sama ada secara tersirat atau tersurat di seluruh buku notanya. Kajian da Vinci dalam perkadaran geometri ternyata pernah dimaklumkan oleh Thabit ibn Qurra.

buku nota da vinci

Buku nota Leonardo da Vinci

Manakala karyanya mengenai optik pula diambil dari Ibn Al-Haytham dan matematik pula oleh Al-Kindi. Lebih jelas lagi, da Vinci juga merujuk kepada Ibn Sina dalam beberapa penyiasatan anatominya.

Ini jelas menunjukkan da Vinci sudah biasa dengan karya hebat pencipta dan jurutera Muslim. Kaedah-kaedah pencipta seperti Abbas Ibn Firnas (manusia pertama yang cuba terbang) sebenarnya telah mendahului da Vinci hampir 500 tahun lebih awal.

Malah, buku nota Leonardo da Vinci dipercayai ramai sebahagian besarnya diilhamkan oleh Buku Pengetahun Al-Jazari. Ia dapat dilihat melalui reka bentuknya dengan suar artistik yang hampir sama.

Imaginasi dan kepintaran manusia

Walaupun Leonardo da Vinci merupakan pencipta paling prolifik pada era Renaissance Itali di mana karyanya melebihi 12,000 ciptaan tetapi kebanyakan reka bentuknya tidak sesuai untuk bertahan hingga ke zaman moden.

saintis islam 198

Walau bagaimanapun, itu adalah sebahagian daripada tujuan mengapa mereka mencipta pelbagai ciptaan unik ini. Sebahagian lagi tujuan adalah untuk memacu had imaginasi dan kepintaran manusia. 

Naluri kreativiti berani dan tanpa henti inilah sebenarnya yang menjadi pencetus kepada pemikiran hebat dalam sejarah manusia. Kini, semakin ramai saintis Barat memperakui kehebatan saintis Islam terdahulu yang jauh melangkaui zaman mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)