Kredit foto: Instagram @bawaabata.merebucks
Aktor Iqram Dinzly berhadapan ujian apabila rumahnya dimasuki pencuri pada Rabu.
Pelakon kontroversi ini kerugian hampir RM15,000 melibatkan kehilangan beberapa jam tangan, barangan berharga dan komputer riba milik arwah bapanya.
"Saya telah pun buat laporan di balai polis dan pihak polis sedang menyiasat perkara ini," katanya kepada Mstar Online, mengulas kejadian yang berlaku di kediaman beliau di Damansara, Petaling Jaya.
Sudah jatuh ditimpa tangga, Iqram terpaksa akur apabila kereta jenis Honda CRV miliknya turut berhadapan kemalangan selepas terlanggar tembok.
Kredit foto: Instagram @bawaabata.merebucks
"Saya terlalu penat, mengantuk dan terlanggar tembok. Namun alhamdulillah saya tidak ada apa-apa," beritahunya.
Namun selebriti ini tetap bersyukur atas insiden yang disifatkan sebagai ujian dan dugaan itu.
Dalam pada itu, Iqram turut meluahkan rasa kecewa selepas menyedari akaun Instagram peribadinya 'hilang'.
"Saya juga telah kehilangan IG saya.
"Ada yang laporkan agaknya hingga sampai sekarang saya tak dapat lagi IG lama saya tu.
"Saya ada buat IG baru tapi tak seronok sebab banyak memori di IG lama.
"Entahlah, kalau orang yang gurau kasar dengan saya boleh pula, tapi kalau saya gurau kasar, ada yang marah sampai laporkan IG saya." katanya dalam nada kecewa.
Sehubungan itu, Iqram kini dalam percubaan untuk mendapatkan semula akaun berkenaan.
Sumber berita: Sinar Harian