8. Tan Sri A K Nathan
Sumber foto: Robb Report
Nilai bersih: $210 juta (RM857.63 juta) (2013)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2013 (Tempat ke-40)
Jawatan: Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Kumpulan MD, Eversendai Corporation Berhad
Pekerjaan dahulu: Penjual surat khabar
Pada zaman remajanya, Tan Sri A K Nathan pernah bekerja sebagai penjual surat khabar, iaitu pada umur 15 tahun. Malah, beliau juga memegang jawatan operator mesin pencetak dan penjual insurans.
BESARKAN TEKS A- A+
Pada tahun 1984, Nathan mengasaskan Eversendai Corporation Berhad dan berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah urusan kumpulan syarikat berkenaan. Beliau telah menjadi pengarah eksekutif bagi Eversendai Corporation Berhad sejak 12 Ogos 2004. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi Technics Oil & Gas Limited dari 1 April 2013 hingga 21 Julai 2014.
Nathan telah menerima banyak penghargaan. Antaranya ialah Anugerah Pembinaan Emas 2008 dari Kelab Pemimpin Perdagangan di Madrid, Sepanyol; Usahawan Malaysia Tahun 2008 dari Ernst & Young; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Tahun 2008 oleh CIDB; dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepimpinan dalam Industri Pembinaan oleh Forum Ekonomi Cina Dunia pada tahun 2015.
7. Tan Sri Tony Fernandes
Sumber foto: jacksonlkh.blogspot.com
Nilai bersih: $345 juta (RM1.41 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-37)
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Pengasas Tune Group Sdn Bhd, dan Pengerusi Queens Park Rangers
Pekerjaan dahulu: Juruaudit
Tan Sri Anthony Francis "Tony" Fernandes adalah pengasas Tune Air Sdn. Bhd. yang memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah pertama, AirAsia, kepada rakyat Malaysia dengan slogan "Sekarang semua orang boleh terbang". Fernandes berjaya menukarkan kegagalan syarikat penerbangan komersil berkaitan kerajaan itu menjadi sebuah syarikat penerbangan syarikat penerbangan bajet senarai awam yang sangat berjaya. Sejak itu, beliau telah mengasaskan syarikat Tune Group. Beliau juga pemegang saham majoriti Queens Park Rangers Football Club.
Pada usia muda, Fernandes akan mengikuti ibunya menjual bekas plastik di pesta jualan barangan itu. Selepas berjaya memperoleh ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, beliau bekerja buat sementara waktu dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit. Dari tahun 1987 hingga 1989, beliau bertugas sebagai pengawal kewangan di Virgin Records, sebuah syarikat milik Richard Branson yang terletak di London. Fernandes telah diperkenalkan sebagai ahli bersekutu bagi Persatuan Akauntan Bertauliah Yang Diiktiraf (ACCA) pada tahun 1991. Beliau kemudian menjadi rakan ahli pada tahun 1996. Beliau kini merupakan ahli Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).
Setelah pulang ke Malaysia, Tony Fernandes yang ketika itu berumur 27 tahun telah menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Dari tahun 1992 hingga 2001, beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Warner Music Group. Sewaktu Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meletakkan jawatan demi merealisasikan cita-citanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia pada masa itu.
Pada bulan September 2001, Fernandes membeli AirAsia dan menjadi ketua eksekutifnya. Pada tahun 2013, beliau menjadi pengacara The Apprentice Asia, rancangan realiti dimana sekumpulan ahli perniagaan muda yang bercita-cita tinggi bersaing untuk mendapatkan peluang bekerja dengan Fernandes.
6. Tan Seri Dato' Vincent Tan
Sumber foto: henryyeap.blogspot.com
Nilai bersih: $820 juta (RM3.35 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-20)
Jawatan: Pengerusi dan ketua eksekutif Berjaya Group
Pekerjaan dahulu: Kerani bank
Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun atau lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad atau juga dikenali sebagai Berjaya Group, konglomerat yang tersenarai di bursa saham Malaysia.
Perniagaan utamanya termasuk pemasaran pengguna dan jualan langsung, pelaburan hartanah dan pembangunan, hotel dan resort, pembangunan rekreasi, pengurusan permainan dan loteri, makanan dan minuman, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan alam sekitar dan pelaburan teknologi bersih, perdagangan dan pengedaran motor, serta telekomunikasi dan perkhidmatan, penyelesaian dan produk yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Pada Disember 1980, Tan membeli francais McDonald's di Malaysia. Kemudiannya pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto apabila agensi loteri itu diswastakan oleh kerajaan. Tan memperoleh lesen untuk perniagaan loterinya daripada penswastaan yang tidak ditender pada tahun 1985. Sebelum itu, beliau pernah bekerja sebagai kerani bank.
Beliau kini merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Sejak tahun 1984, Berjaya Group menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Antaranya seperti surat khabar The Sun, serta judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad. Selain itu, beliau juga memiliki pasukan bola Cardiff City FC, FK Sarajevo, Los Angeles FC dan K.V. Kortrijk.
5. Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah
Sumber foto: Alchetron
Nilai bersih: $970 juta (RM3.96 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-17)
Jawatan: Pengasas dan Pengerusi Sunway Group
Pekerjaan dahulu: Akauntan
Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling merupakan pengasas dan pengerusi Sunway Group, sebuah konglomerat yang beroperasi dalam 12 cabang industri, dengan perniagaan utama dalam hartanah dan pembinaan. Jeffrey Cheah merupakan Canselor Yayasan Universiti Sunway di Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang amanah pengasas Yayasan Jeffrey Cheah.
Selepas tamat belajar, Jeffrey Cheah kembali ke Malaysia untuk bekerja sebagai akauntan di sebuah pelantar pemasangan motor. Beliau kemudiannya meninggalkan kerja tersebut. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, syarikat perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan dengan modal permulaan sebanyak RM100,000. Hari ini, Sunway Group merupakan salah satu konglomerat pembinaan hartanah yang terulung di Malaysia.
4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Sumber foto: Mentor Usahawan
Nilai bersih: $1.85 bilion (RM7.56 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-10)
Jawatan: Pengerusi Yayasan Albukhary
Pekerjaan dahulu: Penternak lembu dan penjual daging
Syed Mokhtar Albukhary adalah seorang ahli perniagaan, usahawan dan dermawan. Beliau adalah pengasas Yayasan Albukhary, iaitu sebuah organisasi amal antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan. Ia memfokuskan kepada pembangunan sosial. Beliau mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan. Hari ini, Syarikat Kumpulan Albukhary adalah kumpulan perniagaan yang terdiri daripada DRB-Hicom, MMC dan Tradewinds.
Syed Mokhtar pernah menanam sayur-sayuran bersama-sama ibunya untuk menambah pendapatan keluarga. Kemudiannya, beliau juga pernah menjual nasi lemak di pasar Jalan Telok Wan Jah. Selain itu, beliau menolong bapanya menternak lembu dan kerbau, namun diduga dengan wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternakan petani mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau meninggalkan bidang ternakan dan menjadi pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970. Pada masa itu, Syed Mokhtar baru berumur 19 tahun. Beliau membeli lebihan daging lembu yang dijual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Pada tahun 1972, beliau mendapat permit untuk 4 buah lori Kelas A dan membuat pinjaman berjumlah RM110,000 daripada MARA untuk membeli 2 buah lori Mercedes 911LS. Selepas itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan menggunakan kesemua lori berkenaan bagi mengusahakan perniagaan beras. Harini ini, Syarikat Kenderaan Sentosa mempunyai lebih daripada 40 buah lori.
3. Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng
Sumber foto: IOI Properties
Nilai bersih: $5 bilion (RM20.4 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-5)
Jawatan: Pengerusi Eksekutif IOI Group
Pekerjaan dahulu: Penjual aiskrim menggunakan basikal
Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng adalah seorang ahli perniagaan, pelabur dan dermawan. Beliau bertindak sebagai pengerusi eksekutif IOI Corporation Berhad, atau lebih dikenali sebagai IOI Group. IOI tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit, menghasilkan lemak khusus dan oleokimia, dan membangunkan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Lee dibesarkan di timur laut Kuala Lumpur di sebuah ladang getah, dimana bapanya menjalankan perniagaan di kedai makanan Cina yang kecil. Beliau meninggalkan sekolah pada usia 11 tahun untuk membantu keluarganya dengan menjual ais krim menggunakan basikal. Setelah 4 tahun, beliau kembali ke sekolah menengah.
Lee kemudiannya mencari pekerjaan dengan syarikat perladangan kelapa sawit, Dunlop Estate sebagai penyelia. Akan tetapi, beliau tidak diterima bekerja atas alasan tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Ini kerana pada masa itu, orang Eropah masih memiliki kebanyakan ladang.
Bagaimanapun, Lee yang hanya berusia 22 tahun ketika itu, tidak ambil pusing dengan penolakan tawaran kerja tersebut. Beliau meneruskan perjuangan untuk merebut peluang bekerja sebagai penyelia lapangan dengan sebuah syarikat minyak sawit yang lain. Selepas 20 tahun kemudian, Lee membeli Dunlop Estate. Ia sekaligus menjadi penanda aras kepada kejayaan yang dimiliki beliau sekarang.
2. Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow
Sumber foto: chiajoe.blogspot.com
Nilai bersih: $5.2 bilion (RM21.24 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-4)
Jawatan: Pengasas dan Pengerusi Public Bank
Pekerjaan dahulu: Kerani dan pengurus bank
Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow merupakan pengasas dan pengerusi Public Bank Berhad. Beliau memulakan kerjaya perbankannya pada tahun 1950 hanya sebagai seorang kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd. Beliau naik pangkat kepada pegawai dalam tempoh 5 tahun. Teh menyertai Malayan Banking Berhad sebagai pengurus pada tahun 1960. Kemudian pada tahun 1964, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar pada usia semuda 34 tahun. Teh kemudian meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1966 untuk menubuhkan Public Bank.
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
Sumber foto: henryyeap.blogspot.com
Nilai bersih: $14 bilion (RM57.13 bilion)
Pencapaian: Forbes Malaysia's 50 Richest 2017 (Tempat ke-1)
Jawatan: Pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts
Pekerjaan dahulu: Pekerja pejabat
Robert Kuok merupakan pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts. Mungkin sukar untuk dipercayai bahawa ahli perniagaan dan pelabur ini bermula sebagai seorang 'office boy'. Beliau kemudiannya memulakan perniagaan dengan sokongan saudara-mara.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai kerani di jabatan perdagangan beras bagi konglomerat perindustrian Jepun, Mitsubishi Shoji Kaisha ketika pendudukan Jepun, iaitu antara tahun 1942 dan 1945, di Singapura. Kuok tidak lama kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan di syarikat berkenaan. Selepas perang, beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari di sana menerusi perniagaan keluarganya di Johor.
Namun, ramai tidak tahu yang Kuok sebenarnya tidak memiliki darjah kebesaran 'Tan Sri'. Beliau adalah seorang yang pemalu dengan media. Kebanyakan perniagaan miliknya dipegang secara peribadi oleh beliau atau keluarganya. Selain mempunyai pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikatnya juga mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia.
Kepentingan perniagaannya terdiri daripada ladang tebu (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan. Sumber terbesar kekayaan beliau adalah dari saham dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit terbesar yang tersenarai di peringkat dunia. Beliau juga memiliki kapal layar mewah yang bernilai kira-kira US$4.8 bilion.
Rujukan:
1. Says
2. Forbes
3. Wikipedia
4. Bloomberg