Mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan sering mengeluh tentang kenaikan kos perjalanan udara.

Walaupun benar bahawa kos tiket telah naik bagi kebanyakan syarikat penerbangan dan banyak juga yang menaikkan bayaran tambahan untuk bagasi, namun terdapat satu syarikat penerbangan yang mengekalkan harga premium mereka di tahap yang sama secara berterusan bagi tempoh 2 tahun yang lalu.

Dan ia merupakan tiket penerbangan paling mahal di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Etihad Airways menawarkan pengalaman perjalanan udara di luar jangkauan minda anda dari segi kemewahan dan kenikmatan, namun tak semua orang mampu menikmatinya.

Harga tiket sehala untuk penerbangan paling mahal di dunia adalah RM159,256 dan ia harga ini kekal sejak tahun 2016. Agak bermurah hati juga pihak Etihad tidak menaikkan harganya, seperti syarikat penerbangan lain, kan?

Malah, mereka telah menurunkannya sehingga hanya RM121,469 penerbangan dari New York ke Abu Dhabi.

Etihad Airwats dan kuarters elit Residence

Etihad Airways menambah laluan baru pada tahun 2016 yang menghubungkan New York City dengan Mumbai melalui Abu Dhabi dan ia telah menjadi penerbangan sehala termahal di dunia.

Syarikat penerbangan itu menggunakan khidmat tujuh pesawat model A380 dan setiap satunya dilengkapi dengan versi kabin "Residence" terkenal dan berbeza antara satu sama lain di antara pesawat-pesawat ini.

Namun kesemuanya berkongsi DNA mewah yang sama.

Ia kelihatan seperti anda menempah sebuah bilik di hotel 5 bintang berbanding menaiki pesawat disebabkan oleh kemewahan mewah dan perhatian individu yang anda diberikan di dalam penerbangan ini.

Dan walaupun anda mampu, agak sukar untuk untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi kabin Residence ini.

Anda perlu menempah beberapa bulan lebih awal kerana hanya terdapat satu kabin Residence sahaja di atas setiap kapal terbang ini dan Etihad hanya melakukan satu penerbangan setiap hari. 

Kabin Residence

ruang tamu residence 843

Tiket termahal di dunia ini memberikan anda anda ruang seluas 125 kaki persegi untuk menikmati penerbangan anda dan ia adalah suite tiga bilik termasuk ruang tamu yang luas, bilik mandi dan bilik tidur yang berasingan.

Suite ini disediakan untuk dua orang yang terbang bersama-sama. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa rehat dua tempat duduk yang dibalut dengan kulit mewah dan dua meja makan.

Perkhidmatan istimewa bermula sebelum anda menaiki pesawat

Etihad menyediakan semua pemegang tiket Residence dengan perkhidmatan pengembaraan perjalanan VIP dari saat anda menempah penerbangan.

lounge residence

ruang tamu kabin residence 3

ruang tamu kabin residence 4

Anda mempunyai pilihan untuk dibawa ke pesawat dengan kenderaan mewah, yang juga akan memandu anda ke destinasi anda apabila pesawat mendarat, jika anda mahukan.

Daftar masuk anda pada waktu ketibaan anda di lapangan terbang direka bentuk supaya ia berjalan lancar dan mempunyai privasi, dengan ruang persendirian disediakan semasa anda menunggu untuk naik pesawat.

Pelayan Residence kemudiannya akan memperkenalkan dirinya kepada anda apabila menaiki penerbangan.

pelayan kabin residence

Pelayan peribadi ini akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda daripada saat anda memasuki kabin pesawat sehinggalah anda menjejakkan kaki keluar daripadanya.

Tujuannya adalah untuk memberikan pengalaman istimewa untuk anda dari awal hingga akhir penerbangan.

Pengalaman makan yang menakjubkan

makanan pilihan pelanggan 2

Seorang chef dalam penerbangan tersedia untuk menyediakan pilihan dari menu khas dan menyediakan hidangan utama serta makanan ringan mengikut kesukaan anda.

Chef peribadi ini menggunakan bahan-bahan segar dan gembira untuk menyediakan hidangan dari menu yang disediakan atau anda boleh meminta bahawa chef menyediakan hidangan kegemaran anda yang mana tidak terdapat dalam menu. 

Bilik tidur Residence 

bilik tidur mewah dilengkapi katil double 2 726

Dalam suite tiga bilik anda, terdapat sebuah lorong yang membawa anda ke bilik tidur yang dilengkapi dengan katil double berukuran 6 kaki x 10 inci yang dilengkapi dengan cadar, sarung bantal dan penutup duvet berjenama Itali.

Televisyen skrin rata 27-inci dibina ke dalam bilik tidur di sudut yang selesa untuk menonton televisyen di atas katil dan satu set fon kepala dilengkapi ciri noise-cancelling juga disediakan.

ruang tamu

Jika penerbangan yang biasa anda naiki terasa seperti lama, namun jika anda menikmati pengalaman dalam kabin Residence, masa seolah-olah berjalan dengan begitu pantas.

Malah, walaupun terdapat bilik tidur, dirasakan agak rugi untuk tidur berbanding menikmati penrbangan ini.

Bilik mandi en-suite

bilik mandi ensuite kabin residence 409

Bilik mandi en-suite dilengkapi dengan pancuran mandian, jubah mandi dan kemudahan mewah termasuk meja solek, pengering rambut dan cermin solek pembesar.

Anda bebas untuk mandi dan menyegarkan badan sebelum mendarat di destinasi anda.

Ini adalah perkara-perkara yang boleh anda jangka dan harapkan ketika menempah penerbangan di kabin Residen bersama Etihad Airways.

bilik mandi ensuite kabin residence 1

Walaupun Etihad telah menurunkan harga untuk suite secara konsisten dalam tempoh dua tahun yang lalu, namun ia tetap mahal.

Hakikat bahawa amat sukar untuk menempah penerbangan seperti hotel 5 bintang ini memberitahu anda dengan jelas bahawa ia adalah pilihan yang sangat popular.

Rujukan:

1. Daily Mail

2. Top Miles

3. Etihad




Hakcipta iluminasi.com (2017)