Oleh pada 26 Mar 2018 kategori

Dalam banyak-banyak personaliti di dunia, terdapat satu personaliti yang boleh dianggap sebagai sangat istimewa. Ia dikenali sebagai INFJ yang merupakan singkatan kepada Introvertion - introversi, Intuition - gerak hati, Feeling - perasaan, Judgement - penghakiman.

INFJ adalah personaliti yang paling jarang ditemui dalam populasi dunia iaitu dengan anggaran di antara 1 hingga 2% sahaja. INFJ sangat rumit, terlalu sensitif dan individual. Dalam perhubungan, INFJ biasanya tenang dan mesra.

BESARKAN TEKS     A-  A+

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 2

Mereka disukai oleh orang yang berpeluang mengenali mereka, namun ada ketika mereka boleh menjadi renggang dan menggunakan pemikiran logik. Ia membuatkan mereka bersendirian.

Populasi dunia ketika ini adalah seramai 7.6 billion, ia bermakna terdapat di antara 7.6 hingga 15.2 juta INFJ dalam dunia ini. Dari segi karier pula, INFJ biasanya akan memilih profesion yang membantu, termasuklah guru dan doktor. Tapi mereka juga boleh dijumpai dalam bidang seperti sains dan kejuruteraan.

Adakah anda salah seorang yang sangat rare ini? Jom kita lihat.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 3

1. Sejak dari kecil anda berasa lain dari orang lain. Walaupun anda mempunyai ramai kawan tetapi anda tak pernah rasa serasi. Kadang-kadang anda berpura-pura menyukai mereka supaya anda diterima.

Ini amat normal bagi personaliti INFJ kerana kita perlukan rasa harmoni dan komuniti apabila bergaul dengan orang lain.

2. Anda benar-benar rasa ingin tahu mengenai apa yang berlaku dalam hidup orang lain tetapi bukan hal-hal kecil seperti apa yang dilakukan hari ini, atau hari esok. Anda ingin tahu lebih, tahu apa yang orang lain tak tahu.

Perkara-perkara seperti apa yang orang di hadapan anda benar-benar fikirkan? Apa yang dia benar-benar rasa? Kepura-puraan yang mereka tunjukkan pada orang lain tak mampu untuk menipu anda.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 4

3. Ada lebih selesa mempunyai pelan yang agak longgar dan fleksibel daripada pelan yang ketat.

4. Anda boleh menjadi kedua-duanya daripada malu, pendiam dan menyendiri dan menarik, kelakar dan menyeronokkan. Bagi seorang INFJ, situasi, mood dan tahap tenaga adalah sangat penting dalam menjadi diri sendiri.

Dan yang paling penting, dengan siapa anda bersama.

5. Menurut Introvertdear, Anda biasanya tak akan memberi nasihat jika seseorang menceritakan masalah kepada anda. Tetapi anda akan bertanyakan soalan untuk membantu mereka memahami situasi dengan lebih baik dan perasaan mereka terhadap masalah itu. 

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia5

Anda juga akan menceritakan cerita ketika mana anda juga berhadapan dengan situasi yang sama dengan harapan mereka akan mempelajari sesuastu. Anda berasakan anda boleh tahu jalan mana yang mereka harus ambil tapi anda tak mahu mereka memilih jalan itu kerana anda yang menyuruh, tetapi kerana mereka yang membuat keputusan sendiri.

Ini lah yang membuatkan INFJ dianggap sebagai pemberi nasihat dan kaunselor semula jadi.

6. Anda seorang introvert dan anda sukakan masa bersendirian, tetapi tidak boleh terlalu lama. Akhirnya anda perlu bergaul dengan orang, dan "orang" anda hanyalah kawan rapat yang memahami anda sahaja. 

7. Anda sangat terkenal dengan memutuskan hubungan dengan mereka yang menyakitkan anda terlalu banyak kali. Bukan anda suka berbuat demikian tetapi anda ingin melindungi diri sendiri. 

Walaupun anda kelihatan kuat dari luar namun anda sebenarnya sangat sensitif di dalam, terutamanya berkaitan dengan tindakan dan perkataan orang lain.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 6

8. Kadang-kadang anda bersungguh-sungguh mencuba menggembirakan orang lain sehinggakan terlupa untuk menggembirakan diri sendiri. Ini merupakan antara salah satu masalah paling besar bagi INFJ, yang mana sangat sukar untuk diatasi.

9. Anda sering rasa seperti anda sangat memahami apa yang orang lain rasa. Anda yakin anda tahu apa yang mereka betul-betul perlukan. Anda tak selalunya betul, tapi anda lebih cenderung mempunyai tanggapan yang tajam daripada orang lain.

10. Anda rasa anda telah ditakdirkan untuk melakukan sesuatu lebih daripada bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Anda mahu bantu orang dan mengubah dunia, bukan hanya makan gaji. 

Masalahnya adalah sama anda tak tahu apa tujuan utama anda, atau anda mempunyai firasat tapi tak tahu bagaimana nak capai.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 8

11. Anda mempunyai perasaan jauh di sudut hati bahawa anda mampu melakukan lebih baik dalam hidup anda. Ini membuatkan anda sentiasa mempunyai pelan rahsia untuk memperbaiki diri.

Kadang-kadang anda terlalu memaksa diri anda ketika cuba mendapatkan kehidupan sempurna yang anda inginkan.

12. Kadang-kadang anda lebih suka bergaul dengan orang yang menyenangkan untuk melindungi diri anda. Anda sensitif, jadi anda akan rasa sangat terganggu apabila orang mengkritik anda atau kecewa dengan anda. Mereka tak boleh kritik anda jika anda menggembirakan mereka.

13. Anda sering dapat merasakan suasana di tempat yang anda pergi. Juga, ada akan menjadi seperti orang di sekeliling anda. Jika mereka gembira, anda akan gembira. Jika mereka cemas, anda juga akan turut cemas. 

Jadi anda lebih tertarik kepada orang yang lebih tenang dan relaks jadi anda tak perlu berhadapan dengan masalah emosi.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 7

14. Anda tertarik dengan barangan berkualiti tinggi seperti makanan yang sedap, pakaian yang cantik dan apa sahaja yang bagus. Walaupun anda benci untuk mengaku, namun anda sangat mementingkan rupa dan kualiti sesuatu.

Anda suka dikelilingi benda yang cantik, anda cenderung mempunyai selera yang tinggi. Namun dari segi hati, anda seorang minimalis. Anda lebih suka mempunyai sedikit baju yang cantik daripada banyak baju yang biasa-biasa.

15. Anda benar-benar ambil berat terhadap mereka yang ada dalam hidup anda, tapi mungkin mereka tak tahu betapa anda ambil berat. Ini kerana anda sering simpan perasan.

Anda mempunyai masalah menerangkan emosi anda walaupun perasaan itu terlalu kuat irasakan. Dan apabila anda mencintai seseorang, anda akan terlalu sayang dan cintakan orang tersebut.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 9

16. Anda biasanya sangat bersungguh-sungguh dan bertimbang rasa. Mereka yang tidak bersungguh-sungguh kelihatan kejam bagi anda. Anda juga suka belajar sesuatu terutamanya melibatkan psikologi, membaiki diri, kerohanian dan sains.

17. Apabila anda bersemangat tentang sesuatu, tak ada apa yang boleh menghalang anda. Moto NFJ adala "Perkara yang mustahil hanya perlukan usaha yang lebih".

18. Anda berasa wajib bagi anda untuk menyiapkan sesuatu perkara. Anda selalu membuat senarai tugasan dan perkara yang perlu diselesaikan, dan rasa seronok menyelesaikan tugasan tersebut. 

Jika anda tak mempunyai matlamat untuk ditujui, anda akan berasa bosan dan buntu.

infj personaliti paling jarang ditemui di dunia 00

19. Bila anda terdengar orang lain bergosip, atau berborak mengenai trivia, anda biasanya sedang berfikir mengenai angkasa lepas, pengembaraan masa, sifat manusia dan makna kehidupan.

Anda jarang untuk berborak mengenai perkara ini kerana anda rasakan orang lain tak berminat.

20. Orang lain memandang anda sebagai seorang yang bijak, berwawasan dan ke arah kerohanian. Mereka selalu datang kepada anda untuk mendapatkan bantuan dari segi emosi. 

Anda menyukai peranan anda sebagai orang yang bijak dan rasa diperlukan. Tapi kadang-kadang ia keterlaluan. Disebabkan anda seorang introvert, kadang-kadang anda harap orang lain dapat menyelesaikan masalah sendiri dan tak menggangg anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)