Personaliti dalam diri bukanlah sesuatu yang boleh dipilih atau dibuat-buat. Ia datang secara semulajadi berdasarkan perwatakan, cara dibesarkan serta sifat dalaman diri seseorang. 

Personaliti ini juga dipengaruhi oleh genetik daripada ibu bapa. Di kala orang ramai melihatkan mereka yang berpersonaliti introvert sebagai tidak menarik, kurang bersosial dan membosankan, sebenarnya menjadi seorang introvert mempunyai banyak kelebihan berbanding extrovert.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 kelebihan yang dimiliki oleh individu introvert.

1. Introvert sangat peka terhadap sekeliling

introvert lebih peka 10 kelebihan individu introvert 2

Introvert biasanya peka terhadap persekitaran mereka. Disebabkan personaliti mereka yang berada di "luar" kepompong manusiaa, ia memberikan perspektif yang unik dan peluang untuk mereka melakukan pemerhatian yang berharga.

Sifat ini sangat membantu terutamanya dalam tugasan yang memerlukan keupayaan kreatif dan menyelesaikan cabaran. Buktinya, kebanyakan daripada saintis hebat, pencipta, ahli muzik, pelukis dan penulis adalah daripada golongan introvert.

2. Introvert lebih kreatif

lebih kreatif 10 kelebihan individu introvert 2

Untuk kembali mengisi jiwa, introvert memerlukan masa untuk menyendiri, tetapi dalam kesendirian ini jugalah mereka memperoleh kreativiti. Ahli psikologi, Mihaly Csikszentmihalyi mendapati bahawa remaja yang sukar untuk meluangkan masa bersendirian lebih kurang cenderung untuk mengembangkan kemahiran kreatif mereka.

Kebanyakan pelukis dan penulis yang dikategorikan sebagai introvert melakukan tugas dan kerja mereka dengan baik apabila bekerja bersendirian berbanding dalam kumpulan.

Penyelidik Reed Larson juga mendapati bahawa remaja berasa kurang sedar apabila bersendirian, dan ini membantu mereka berasa lebih selamat untuk mengambil risiko yang membuatkan mereka lebih kreatif.

3. Introvert mampu "mengecaj" diri sendiri

introvert mampu mengecaj diri sendiri 10 kelebihan individu introvert 2

Setiap daripada kita perlukan cara untuk "mengecaj" diri sendiri apabila berasa letih dan tertekan. Bagi introert, mereka hanya perlukan masa bersendirian dalam proses mengecaj diri mereka.

Dalam situasi ini, extrovert dilihatkan sebagai kurang bernasib baik kerana memerlukan kehadiran orang lain untuk mengembalikan tenaga dalam mereka, iaitu dengan bersosial. Introvert boleh mengecaj diri sendiri dengan hanya menghabiskan masa di atas sofa empuk di rumah, sorang diri. Senang kan?

4. Introvert memiliki rakan berkualiti

introvert mempunyai rakan berkualiti 10 kelebihan individu introvert 2 270

Adalah sememangnya satu realiti bagi introvert mempunyai rakan yang sedikit, yang boleh dihitung dengan jari. Namun, kelebihannya adalah persahabatan di antara mereka sangat rapat dan bermakna.

Di ketika extrovert mempunyai 100 rakan, namun cuba kira berapa orang sahaja yang betul-betul rapat dan boleh diharap? Selain itu, introvert mempunyai pelbagai perkara dalam minda mereka selain daripada hubungan kasual, jadi mempunyai rakan yang sedikit adalah mencukupi bagi mereka.

Kurang rakan, kurang drama bagi introvert.

5. Pendapat introvert sangat berharga

pendapat introvert sangat berharga 10 kelebihan individu introvert 2

Golongan extrovert mungkin akan cakap apa sahaja yang terlintas di minda, ada yang penting dan tidak. Ini berbeza dengan introvert yang kurang bercakap, dengan kata lain lebih berhati-hati dalam mengungkapkan kata-kata.

Introvert biasanya seorang yang fikir dengan mendalam, jadi apabila mereka bercakap atau memberikan pendapat, kata-kata mereka adalah sangat penting dan dipertimbangkan kerana introvert tak akan membuka mulut melainkan ia benar-benar relevan.

Golongan introvert tidak suka membuang masa sendiri dan orang lain dengan omong kosong.

6. Introvert bijak melihat risiko

introvert bijak melihat risiko 10 kelebihan individu introvert 2

Introvert secara semulajadinya lebih berhati-hati dalam sesuatu perkara, yang membuktikan mereka sangat berharga dalam banyak bahagian kehidupan dan perniagaan. Sebaliknya bagi extrovert, mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu tanpa benar-benar menilai risiko dan perangkap yang berpotensi merosakkan apa-apa rancangan.

7. Introvert tahu bekerja di belakang tabir

lebih kreatif 10 kelebihan individu introvert 810

Introvert tahu dan mampu mencapai matlamat mereka dengan cara mempengaruhi orang lain secara senyap. Bagi setiap extrovert, mereka akan dapat bekerja dengan lebih baik jika mempunyai introvert sebagai pembantu.

8. Introvert lebih berdikari

lebih berdikari 10 kelebihan individu introvert 2

Oleh kerana introvert sering bekerja bersendirian, makan mereka lebih berdikari dan mampu menyelesaikan tugas tanpa bantuan orang lain. Kebolehan introvert untuk bekerja bersendirian ini adalah antara aset terpenting mereka. Mereka tak perlukan bantuan ataupun perhatian.

Cerita-cerita kejayaan adalah seperti BIll Gates yang mampu memaksa diri ke tahap maksimum dengan bantuan kesungguhan diri sendiri dalam mencapai matlamat. Keupayaan untuk bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri, berbanding kepada pasukan adalah kualiti yang hebat bagi seseorang usahawan.

Bagi introvert, bekerja dalam kumpulan atau pasukan adalah lebih perlahan, tidak efisyen dan rumit.

9. Introvert jujur dan tulen

introvert individu jujur dan tulen 10 kelebihan individu introvert 2

Introvert secara amnya adalah individu yang jujur dan merendah diri. Oleh kerana mereka sangat teliti dengan orang yang mereka pilih untuk berkomunikasi, ia membuatkan introvert jarang menipu dan berbohong. Ia juga membuatkan mereka kurang rakan, kerana bencikan kepura-puraan dan drama.

Keaslian dan kejujuran ini biasanya jelas terhadap rakan perniagaan dan pelanggan mereka. Ciri-ciri tulen introvert adalah keupayaan mereka untuk memberikan pendapat jujur keranaa tak suka berborak kosong.

Malah, mereka mampu melihat gambaran luas terhadap keadaan tertentu dan tahu cara untuk bertindak.

10. Introvert menerima pandangan luar

introvert terima pandangan luar 10 kelebihan individu introvert 2

Introvert faham bahawa pendapat dan idea mereka mungkin tidak sesuai dengan situasi tertentu, jadi mereka bersedia untuk mendengar pendapat orang lain. Ciri-ciri ini dipengaruhi oleh sifat ego mereka tidak memaksa untuk hanya melihat pandangan sendiri sahaja.

Dengan ini, mereka mampu memperoleh idea dan rakan yang baik serta menghasilkan tugasan atau projek yang menakjubkan.

Rujukan:

1. Introvert Spring

2. Connect Us Fund

3. Reliawire




Hakcipta iluminasi.com (2017)