Tangga yang anda lihat di atas ini berada di Baitulmaqdis, dan tidak kiralah apa pun, tiada sesiapa pun yang boleh untuk memindahkan atau mengubah kedudukannya.
Ya, memang secara fizikalnya tiada apa yang boleh menghalang anda daripada melakukannya, namun ia adalah melanggar undang-undang.
Jika anda berdegil ingin memindahkan tangga ini, anda mungkin akan mencetuskan rusuhan malah perang.
BESARKAN TEKS A- A+
Mengapa ia begitu serius dan dahsyat? Semua ini disebabkan oleh sejarah, fitrah manusia dan juga agama.
Tangga putih ini terletak di atas tebing betul-betul di bawah tingkap ini, di atas pintu masuk ke Gereja Makam Suci (Holy Sepulchre), di kota lama Baitulmaqdis.
Bangunan gereja itu sendiri adalah sangat kuno yang berasal dari abad ke-4 masihi dan ia didakwa menempatkan dua tempat paling suci dalam agama Kristian.
Kedua-dua tempat itu adalah lokasi di mana Jesus dipercayai disalib dan juga kubur di mana dia dikatakan telah dikebumikan dan dihidupkan semula.
Oleh sebab tuntutan ini, gereja Makam Suci ini sangat dihormati oleh banyak denominasi Kristian yang mana semuanya telah menuntut hak milik harta tanah bangunan tersebut.
Pada hari ini, kawalan terhadap gereja ini dikongsi oleh 6 denominasi Kristian ini dan perjanjian yang sangat rumit dan membingungkan telah dibuat selama sekurang-kurangnya 160 tahun.
Denominasi Krisitian ini termasuklah gereja Ortodoks Yunani, Apostolik Armenia, Ortodoks Koptik Katolik Rom, Ortodoks Syriac dan gereja-gereja Ortodoks Ethiopia.
Dan perjanjian mereka untuk berkongsi kawalan terhada gereja Makam Suci bermula pada tahun 1757.
Pada ketika itu, Baitulmaqdis dikuasai oleh oleh Empayar Uthmaniyyah dan Sultan pada masa itu mengeluarkan arahan yang melindungi pemilikan tempat-tempat suci kota itu kepada pemiliknya ketika itu.
Disebabkan oleh gereja Makam Suci dimiliki oleh banyak kumpulan, maka satu kata sepakat dipersetujui oleh mereka, iaitu tiada apa pun yang ada pada gereja itu boleh diubah ketika perjanjian itu ditandatangani, tanpa persetujuan dari semua 6 ketua agama tersebut.
Perjanjian ini masih dikuatkuasakan pada hari ini dan membuatkan gereja ini tidak dibaiki walaupun sangat teruk atau tidak diubahsuai kerana 6 ketua agama tersebut tidak dapat mencapai kata sepakat terhadap apa yang perlu dilakukan terhadap gereja itu.
Ini juga berkait dengan tangga tersebut, yang mana berada di tingkap tersebut ketika perjanjian itu dibuat dan tiada siapa pun yang boleh mengubah kedudukannya tanpa persetujuan mereka.
Perjanjian ini sangat diambil serius oleh pemilik-pemilik gereja itu, sehinggakan memindahkan sebarang perabot, seperti tangga ini, boleh mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Dan itulah yang berlaku pada tahun 2002.
Pada ketika itu, seorang paderi Koptik duduk di atas sebuah kerusi, di bumbung gereja Makam Suci itu sambil memprotes kerana para paderi Ethiopia mengambil alih biara di atas bumbung tersebut.
Paderi Koptik tersebut kemudiannya mengalihkan kerusi tersebut sedikit ke tempat yang lebih teduh.
Dan oleh kerana oleh kerusi tersebut dianggap dimiliki bersama oleh semua 6 ketua agama tersebut, dan paderi itu memindahkannya tanpa kebenaran daripada 5 yang lain, ia telah melanggar perjanjian pada tahun 1757 itu sekaligus mencetuskan pergaduhan tumbuk-menumbuk di antara mereka di mana berpuluh-puluh paderi tercedera.
Pergaduhan yang sama berlaku sekali lagi pada tahun 2008, apabila paderi-paderi Armenia mengadakan upacara di gereja itu dan tidak membenarkan paderi Yunani untuk mengambil bahagian bersama mereka.
Paderi Yunani kemudiannya melakukan protes dengan menghalang acara tersebut, yang mencetuskan pergaduhan besar seperti dalam video di bawah.
Polis rusuhan Israel terpaksa dikerahkan ke dalam gereja tersebut untuk meleraikan pergaduhan membawa kepada penangkapan dua orang paderi.
Juga banyak keganasan yang berlaku disebabkan oleh perselisihan pendapat yang remeh ini, yang menjadi sebab mengapa tiada siapa dibenarkan memindahkan tangga tersebut.
Malah, tiada siapa yang tahu bila dan bagaimana tangga itu boleh berada di situ.
Tetapi kebanyakan orang beranggapan bahawa tukang batu yang melakukan pembaikan sekitar 300 tahun yang lalu meninggalkan tangga itu di situ.
Tangga itu digambarkan dalam ukiran gereja tersebut yang bertarikh 1728.
Tangga itu juga disebut dalam pengisytiharaan Sultan Uthmaniyyah pada tahun 1757 dan terdapat dalam gambar ini sejak tahun 1850-an.
Jadi, ia telah lama berada di situ tetapi masalahnya tiada siapa yang tahu siapa pemilik tangga itu di antara 6 ketua agama Kristian yang memiliki gereja ini.
Disebabkan ini, tangga ini dianggap dimiliki oleh keenam-enam mereka dan oleh itu memerlukan persetujuan semua 6 dipindahkan.
Dan ini dilihatkan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Pada tahun 1964, Pope Paul VI mengeluarkan perintah agar tangga itu tetap berada di tempat tersebut secara kekal, sehinggalah gereja Katolik dan Ortodoks mencapai kata sepakat.
Ini bermakna untuk ketika ini, gereja Katolik tidak akan bersetuju memindahkan tangga itu yang bermaksud tiada siapa yang boleh memindahkannya tanpa melanggar undang-undang.
Tangga ini telah menjadi simbol bagi banyak perpecahan dalam agama Kristian. Dan walaupun disebut sebagai "tangga yang tidak dapat dipindahkan", ia sebenarnya telah dipindahkan beberapa kali.
Pada tahun 1982, seorang prankster cuba untuk memindahkannya dan dengan pantas digagalkan oleh polis Israel.
Dan pada tahun 1997, lelaki dalam video ini dengan jelas mencuri tangga tersebut melalui tingkap dan hilang selama beberapa minggu.
Seperti yang dijangka, kehilangan tangga ini mencetuskan ketegangan di antara komuniti agama yang terlibat.
Namun lelaki tersebut berasa bersalah dan mengembalikkan tangga tersebut ke tempat asalnya.
Kali terakhir tangga ini dipindahkan adalah pada tahun 2009 dan ia hanyalah untuk sementara bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar.
Seperti yang dinyatakan di atas, tiada apa yang menghalang anda secara fizikal dari memindahkannya, namun anda tidak digalakkan untu melakukannya melainkan ingin mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Rujukan:
1. Huff Post
3. Real Life