Jika anda fikirkan tentang gergasi makanan segera global, anda mungkin memikirkan McDonald's. Rangkaian ini mempunyai restoran di lebih dari 100 buah negara dan telah menjadi ikon di Amerika Syarikat sejak tahun 1950-an.
Tetapi terdapat sebuah negara Eropah di mana McDonald gagal mendapat sambutan dan perhatian, iaitu Iceland.
McDonald's telah mencuba selama 15 tahun untuk menempa nama di Iceland tetapi pada tahun 2009, francais ini menutup baki 3 kedai mereka tanpa rancangan untuk kembali.
BESARKAN TEKS A- A+
Jadi, apa yang sebenarnya tak kena dengan McDonald's di Iceland?
Untuk menjawab persoalan ini, kita harus kembali ke ketika McDonald's mula-mula memasuki pasaran Iceland pada tahun 1993.
Pada masa negara pulau yang terpencil itu beralih ke arah ekonomi pasaran bebas dan menjadi lebih global, Perdana Menteri ketika itu Davíð Oddsson adalah orang yang pertama memakan hamburger McDonald semasa pembukaannya.
Ia dilihat sebagai tanda negara ini yang akhirnya memasuki dunia global yang moden.
Apabila McDonald's buka buat kali pertama pada tahun 1993, saya tidak pernah melihat pembukaan sebuah restoran sebegini. Orang ramai beratur sehingga ke luar restoran untuk berhari-hari dan mereka menjual beribu-ribu burger setiap hari. Namun selepas "bulan madu" tamat, orang ramai kembali kepada apa yang mereka sudah biasa," kata Tomas Tomasson, pengasas Tommi Burger di Iceland.
Orang tempatan menyambut rangkaian McDonald's dari AS ini kerana ia melambangkan negara ini tidak lagi mengasingkan diri dan nasionalisme.
Seperti yang dinyatakan oleh sesetengah cendekiawan berhubung dengan negara-negara kecil atau negara-negara yang berasakan diri mereka kecil, mendapatkan francais antarabangsa adalah penting sebagai satu jenis yang mengesahkan bahawa anda adalah sebahagian daripada komuniti global.
Tetapi pada tahun 2008, keruntuhan ekonomi global melanda negara kecil dengan populasi sekitar 300,000 orang ini. Pasaran saham dan 3 bank terbesarnya runtuh di hampir setiap perniagaan dan negara ini hampir muflis.
Beribu-ribu orang kehilangan wang simpanan mereka dan rakyat Iceland melakukan tunjuk perasaan.
Mata wang Iceland iaitu Krona kehilangan kira-kira separuh nilainya dan tarif yang lebih tinggi membuatkan harga import melonjak naik.
Ini membuatkan jenama asing yang bergantung kepada import sukar untuk untuk mengekalkan margin keuntungan tanpa menaikkan harga secara drastik.
Menurut pemilik francais McDonald's Iceland iaitu Jon Gardar Ogmundsson, rangkaian itu mengimport bahan-bahan mentahnya dari Jerman.
Pemilik francais itu memberitahu media bahawa harga meningkat dan tidak dapat dikawal sehinggakan sekilogram bawang yang diimport dari Jerman bersamaan dengan harga sebotol wiski.
Jadi, bagi McDonald's yang mendapatkan bahan mentah mereka dari luar dengan cara mengimport, kesan keruntuhan ekonomi global ini memberikan impak yang sangat besar.
Jon Ogmundsson juga berkata bahawa untuk meneruskan perniagaan dan menjana keuntungan, McDonald's terpaksa menaikkan harga burger Big Mac sebanyak 20% daripada $5 (RM20.7) kepada $6.36 (RM26.35).
Ini menjadikan Big Mac di Iceland adalah yang termahal di dunia pada ketika itu. Rekod itu kini dipegang oleh Switzerland dengan harga $6.82 (RM28.3).
Pada tahun 2009, francais ini mengumumkan bahawa ia akan menutup 3 cawangannya dengan notis hanya seminggu, menyalahkan kos operasi yang tinggi.
Rakan kongsi francais tempatan McDonald di Iceland adalah firma yang dipanggil "Lyst". Mereka memberitahu bahawa ketika McDonald's menarik diri daripada Iceland, perniagaan mereka sangat memberangsangkan.
Lyst memberitahu pihak media bahawa perniagaan mereka sangat sibuk tetapi dalam masa yang sama keuntungan adalah sangat rendah.
Media Iceland melaporkan bahawa 15,000 orang menjadi pelanggan harian McDonald's ketika hari terakhir operasi.
Tahun 2008 menandakan tempoh ketika beberapa perniagaan memutuskan untuk keluar dari Iceland, termasuk saingan McDonald's iaitu Burger King dan Pizza Hut, yang menutup kesemuanya kecuali satu outlet.
Sama seperti McDonald's, Burger King juga mendapatkan sumber produk mereka dari luar negara.
Rangkaian restoran makanan segera gergasi yang keluar dari Iceland sukar untuk bersaing dengan restoran yang menggunakan bahan-bahan tempatan.
Tetapi penganalisis lain mengatakan kos import yang tinggi menjejaskan semua pihak, termasuklah perniagaan yang menggunakan bahan-bahan tempatan.
Dan perbezaan di antara rangkaian restoran yang berjaya di Iceland selepas krisis dan yang gagal adalah bergantung kepada pengurusan.
Syarikat-syarikat yang terselamat adalah syarikat yang sama ada membiayai diri mereka dengan cara yang lebih konservatif dan / atau mungkin mendapat bantuan yang lebih baik dari bank dan syarikat lain.
Jadi, dalam hal seperti ini, sebagai contoh, syarikat McDonald's berhutang dengan mata wang asing apabila mereka muflis.
Iceland telah lama dikenali kerana harga makanannya yang terlalu mahal dan kos sara hidup yang tinggi. Pada tahun 2018, Iceland menduduki tempat kedua negara paling mahal di dunia.
Hidangan makanan di restoran biasanya sekitar RM83 hingga RM166. Pemilik makanan tempatan berkata bahawa mengekalkan harga yang konsisten adalah kunci untuk terus hidup di Iceland.
Selepas penutupannya, francais McDonald's Iceland hilang hak papan tanda McDonald dan menamakan semula kedai itu sebagai Metro.
Rangkaian makanan baru ini menggunakan makanan bersumber tempatan untuk memastikan kos rendah dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Dan, bukan semua rangkaian makanan segera Amerika Syarikat meninggalkan Iceland semasa krisis kewangan. Sebagai contoh, KFC di mana mereka tidak menutup kedai mereka.
KFC bertahan dalam krisis ekonomi dan perbezaan utama yang mereka miliki adalah kebanyakan daripada bahan mentah yang digunakan dalam makanan mereka ditanam di Iceland.
Menurut Indeks Kebebasan Ekonomi, yang melihat kebebasan perniagaan dan pelaburan negara, Iceland berada di tangga kelima di antara negara-negara Eropah dan orang Iceland memilih untuk makan di luar.
Golongan belia Iceland makan makanan segera hampir setiap hari dan menghabiskan purata RM910.
Iceland juga menjadi destinasi hangat untuk industri pelancongan dan sehingga 2017, jumlah pelancong asing ke Iceland adalah lebih daripada 4 kali ganda sejak tahun 2010.
Dengan ekonomi yang kelihatan sangat baik, industri pelancongan yang melonjak dan penduduk yang menikmati pilihan makanan segera, mungkin ada harapan untuk McDonald's kembali ke dalam rantau Nordik ini.
Rujukan:
1. BBC
2. CNBC
3. Culture Trip