Tali pinggang keledar, yang juga disebut sebagai tali pinggang keselamatan, adalah sejenis peranti keselamatan yang dipasang di dalam kereta untuk memastikan penumpang kerusi selamat dari apa-apa pergerakan yang berbahaya yang mungkin timbul disebabkan kejutan kuat akibat perlanggaran, berhenti tiba-tiba atau kemalangan .
Walau bagaimanapun, sekiranya ia sangat penting untuk keselamatan semasa duduk di dalam kereta, maka mengapa ianya tidak dipasang di dalam bas (bukan bas ekspress)?
BESARKAN TEKS A- A+
Dan oleh kerana bas biasanya membawa lebih ramai penumpang berbanding kenderaan lain, bukankah keselamatan penumpang bas lebih utama?
Ciri-ciri kesalamatan dalam bas
Oleh kerana kita bercakap mengenai memasang tali pinggang keledar di dalam bas, kita perlu melihat langkah-langkah keselamatan yang ada pada bas lebih daripada kenderaan lain.
Bas membawa banyak penumpang di dalamnya dan sering membuat pusingan melalui pekan dan bandar. Malah, ramai kanak-kanak menaiki bas setiap hari untuk ke sekolah.
Memandangkan hakikat bahawa ramai kanak-kanak menaiki kenderaan ini, perlu ada sesuatu yang meyakinkan tentang keselamatan yang disediakan oleh bas.
Bas direka bentuk untuk menjadi selamat, sekurang-kurangnya lebih selamat daripada kenderaan lain. Ia adalah lebih berat dan besar berbanding kenderaan lain.
Selain itu, bas juga biasanya dipandu lebih perlahan dari kenderaan lain, yang mempunyai saiz yang sama tetapi mempunyai beban yang lebih rendah di dalamnya.
(Kredit gambar: Cikgu Hailmi)
Dan disebabkan jisim badan berkadar secara langsung dengan momentumnya, maka jika bas bertembung dengan kenderaan lain di jalan raya, ia biasanya tidak mengalami kerosakan yang teruk (kecuali bas ekspres).
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada keselamatan penumpang di dalam bas adalah hakikat bahawa jarak tempat duduk dengan tanah adalah cukup jauh.
Ini adalah ciri keselamatan semulajadi yang sangat penting yang mana tidak ada pada mana-mana kenderaan seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Oleh itu, sekiranya berlaku kecelakaan, kemungkinan besar kesannya akan diserap oleh dek bas dan bukan penumpang.
Kenapa tali pinggang keledar tidak diperlukan dalam bas?
Kredit Gambar : PanduLaju
Menurut pegawai pengangkutan, ciri yang paling penting bagi bas yang membuatkan ia tidak memerlukan pemasangan tali pinggang keledar adalah pembahagian kerusi di dalamnya.
Tempat duduk dipasang pada jarak yang sama dengan satu sama lain, mengasingkan penumpang dalam 'petak' kecil.
Untuk meletakkannya dalam perspektif, cuba bayangkan bagaimana telur dilindungi daripada kerosakan dengan memastikan setiap satu daripadanya dipisahkan dan dibahagikan dalam petak kecil.
Reka bentuknya agak serupa di dalam bas di mana tempat duduk di hadapan anda adalah cukup tinggi dan biasanya empuk untuk "menangkap" gerakan anda ke arah ke hadapan ketika bas berhenti secara tiba-tiba atau perlanggaran.
Walau bagaimanapun, ini hanya langkah keselamatan pasif dan tidak menjamin keselamatan mutlak.
Satu lagi sebab mengapa terutamanya bas sekolah tidak mempunyai tali pinggang keledar adalah kos.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Universiti Alabama dan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) menunjukkan bahawa memasang tali pinggang keledar akan menaikkan kos bas sekitar $ 8,000 (RM32,600) hingga $ 15,000 (RM61,000) tanpa memberi impak besar kepada keselamatan penumpang.
Selain itu, dalam salah satu laporannya, NHTSA mendakwa bahawa "peningkatan kos modal, mengurangkan kapasiti tempat duduk, dan akibat yang tidak diingini lain yang berkaitan dengan tali pinggang keselamatan ini boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak mencari cara alternatif untuk pergi ke dan pulang dari sekolah,".
Secara keseluruhannya, bas secara umum, dan bas sekolah khususnya, direka khas dengan cara untuk memastikan keselamatan penumpang.
Namun, penambahan tali pinggang keledar sudah pasti akan meningkatkan tahap keselamatan ketika dalam perjalanan menaiki bas.
Bas ekspress
Berbeza dengan bas biasa, bas ekpsress biasanya mempunyai tali pinggang keledar.
Ini disebabkan ia dipandu jauh lebih laju daripada bas biasa yang mana memerlukan ciri keselamatan yang lebih bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.
Akan tetapi, ramai daripada kita tetap tidak memakai tali pinggang keledar di dalam bas kerana sudah terbiasa tanpanya.
Akibatnya, ramai yang mengalami kecederaan parah malah terbunuh disebabkan ini.
Jadi, jika anda menaiki kenderaan yang mempunyai lebih daripada 2 roda, pastikan anda memakai tali pinggang keledar. Stay safe!.
References
1. Wonderopolis
2. About.com
3. ABC
4. Today.com