Jika anda sukakan gajah, idea untuk mendapatkan urutan daripada haiwan ini adalah idea yang teruk. 

Dalam satu video yang tular, ia menunjukkan seorang pelancong di Thailand menerima urutan daripada gajah, di mana pelancong tersebut berbaring di atas kerusi dan dua ekor gajah muda menampar-nampar belakangnya menggunakan belalai dan kaki.

Video mengenai urutan gajah telah wujud selama beberapa tahun, dan pihak media telah memuji pengalaman ini sebagai aktiviti percutian yang menyeronokkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebuah kem gajah di Thailand Thailand iaitu Kem Gajah Mae Ping, mengumumkan bahawa gajahnya boleh bermain alat muzik dan bola sepak serta memberikan peluang kepada para pelancong bertuah untuk diurut.

Bagi pelancong, "kehebatan" gajah-gajah ini yang mampu mengurut mungkin dilihatkan sangat mengagumkan dan melucukan. Malangnya, realiti di sebaliknya tersangatlah kejam dan menyedihkan.

Seperti hampir semua gajah yang terlatih, haiwan yang digunakan dalam kebanyakan tarikan pelancong ini dipisahkan dari ibu mereka pada usia muda dan tertakluk kepada prosedur latihan kejam yang direka untuk menghancurkan semangat gajah-gajah tersebut.

Amalan ini dikenali sebagai "latihan menghancurkan ," atau "menghancurkan gajah," dan boleh melibatkan aksi seperti menikam atau mencederakan bayi gajah, mengunci gajah di dalam sangkar kecil dan membuatkannya kelaparan, dahaga dan kekurangan tidur.

Bagi bayi gajah yang tak mampu melaluinya, haiwan malang itu akan terbunuh.

Di penghujung "latihan" ini, gajah-gajah ini menjadi putus asa dengan hidup dan "rosak".

Dalam erti kata lain, haiwan malang ini menjadi mudah dibentuk untuk pelatih gajah melakukan apa sahaja yang disuruh, seperti mengurut para pelancong.

gajah dipukul dengan bullhooks

Ramai jurulatih menggunakan bullhook (sejenis cangkuk) untuk memastikan gajah yang sedang bekerja berada dalam keadaan yang dimahukan.

Cangkuk yang tajam ini digunakan untuk menusuk bahagian tertentu di bahagian badan gajah jika ia melakukan salah laku.

Dan bukan sahaja gajah-gajah ini diarahkan untuk mengurut, malah hampir semua gajah yang digunakan dalam industri pelancongan termasuklah yang digunakan untuk tunggangan pelancong telah melalui latihan yang kejam direka khas untuk menjadikan haiwan ini taat.

jangan tunggang gajah di thailand

Pelancong mungkin beranggapan bahawa aktiviti seperti menunggang gajah tidak membahayakan haiwan tersebut, tetapi kebenaran yang sangat kejam adalah tindakan itu menghancurkan semangat gajah sehinggakan haiwan ini membenarkan manusia untuk berinteraksi dengan mereka menggunakan kekejaman pada setiap masa.

Sekiranya anda mengambil berat tentang gajah, perkata terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan mengelakkan diri daripada sebarang tarikan yang melibatkan tunggangan, persembahan atau tingkahlaku yang tak wajar, terutamanya di Thailand dan negara-negara Asia yang lain. 

Rujukan:

1. Elite Readers




Hakcipta iluminasi.com (2017)