Ikan keli merupakan antara ikan yang paling liat nyawanya. Jika ikan-ikan lain mampu hidup beberapa minit tanpa berada dalam air, namun tidak bagi ikan keli. Oleh itu anda boleh melihat ikan keli di pasar-pasar masih hidup walaupun dibiarkan di dalam bekas tanpa air.
Malah, ia masih mampu bergerak walaupun kepalanya dipisahkan daripada badannya. Disebabkan ini, ikan keli sering menerima hentakan dan pukulan bertalu-talu untuk cuba dibunuh. Ini Bukan cara yang betul menyembelih ikan keli atau ikan sembilang. Jadi apakah cara terbaik untuk bunuh atau sembelih ikan keli dan ikan sembilang ini?
BESARKAN TEKS A- A+
Mungkin ia berhasil, namun terdapat cara lain untuk membunuh ikan ini dengan lebih berperikemanusiaan agar tidak terseksa, seperti mana haiwan-haiwan lain disembelih dengan betul.
Walaupun jika haiwan itu halal untuk dimakan, kita sebagai manusia wajib memastikan ia disembelih dan mati dengan cara yang baik. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Jadi, cara yang digunakan kita selama ini menurut orang-orang tua zaman dulu kelihatan agak kasar dan tidak berperikemanusiaan.
Di dalam video ini, seorang lelaki kelihatan mengajar cara untuk membunuh ikan ini dengan cara yang betul. Beliau menunjukkan cara itu dengan memotong pada bahagian belakang ikan keli, dan seakan-akan mencungkil apa yang dikatakan tulang belakang ikan keli.
Selepas ini dilakukan, ikan keli tersebut kelihatan lemah dan tidak melompat-lompat seperti sebelumnya. Beliau kemudiannya mengambil lagi seekor ikan keli dan memberitahu perlu dicari "segitiga" di bahagian belakang ikan tersebut.
Ikan itu kemudiannya dihiris belakangnya seperti ikan yang sebelumnya. Teknik yang sama dilakukan membuatkan ikan tersebut serta-merta lemah. Walaupun kelihatan mudah, beliau memberitahu ia memerlukan latihan untuk betul-betul tahu melakukannya dengan betul.
Cara ini sangat berperikemanusiaan, membunuh ikan keli dengan tidak menyeksanya, dan anda pun tak perlu menghabiskan masa dan tenaga yang banyak.
Jadi, lepas ni kalau anda nak bunuh dan bersiang ikan keli, jangan mengetuk atau menghempuk kepalanya ke atas lantai lagi, kerana ia menyeksakan.
Selamat mencuba!