Oleh pada 13 Dec 2017 kategori

Kredit foto: The Malay Mail Online

Susulan isu Fattah Amin 'lari' dari set rancangan hiburan Meletop, pengurus kepada Neelofa tampil dengan dua kiriman Instagram Story yang menyelar aktor itu.

Menganggap Fattah tidak menghormati produksi rancangan berkenaan, pengurus Neelofa mendakwa aktor itu telah memberi arahan supaya Neelofa tidak muncul dalam segmen temubual bersamanya.

"Dah muncul terus pulang? Apa dia? Tak bagi hos naik (pentas) untuk segmen pertama?" soalnya dalam nada sinis.

Pengurus itu menganggap Fattah tidak bersikap profesional kerana keputusan yang diambilnya untuk pulang.

"Datang rumah orang, hormatlah rumah orang. Jadilah profesional, janganlah nak salahkan hos pula. Yang berada di studio sahaja yang tahu cerita," tambahnya lagi.

Instagram Story yang dimuat naiknya itu antara lain bercerita tentang tujuan kenyataan itu dipos kerana tidak mahu Neelofa dipersalahkan dalam hal terbabit. 

"Aku ni jarang nak marah-marah di media sosial tapi kali ini dah keterlaluan sangat.

"Aku malas nak nampak bodoh tapi aku geram. Sebab nanti orang yang tak tahu cerita mesti nak salahkan artis aku," tulisnya dalam luahan penuh beremosi itu.

ini arahan fattah kepada produksi meletop sebelum lari 2

ini arahan fattah kepada produksi meletop sebelum lari 3

Kredit foto: Beautifulnara 

Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan membatalkan kemunculan di program Meletop pada saat-saat akhir kerana enggan berdepan bekas kekasihnya, Neelofa yang juga hos program itu.

Pihak produksi Meletop, yang pada awalnya mengumumkan kehadiran Fattah dalam rancangan itu, akhirnya membuat permohonan maaf sewaktu program berkenaan bersiaran secara langsung.

"Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin dan isteri datang sini lagi," kata kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram rasmi Meletop.




Hakcipta iluminasi.com (2017)