Kredit foto: astrogoread.astro.com.my
Selepas memutuskan untuk tidak berganding bersama pelakon Fattah Amin, Neelofa kembali menukar fikirannya. Dalam sebuah kenyataan terbaru, beliau mendedahkan bakal membuat kemunculan semula bersama Fattah dalam telefilem baru.
Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan. Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya. Penggambaran akan bermula pada 9 hingga 16 April hadapan.
Kenyataan tersebut dibuat Neelofa ketika menghadiri acara Throwbaek Drama di NU Sentral semalam.
Telefilem khas drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) sempena raya tersebut masih dinaungi sutradara yang sama, Michael Ang.
Dalam perkembangan lain, pelakon tersebut turut mendedahkan bakal berganding dengan penyanyi dan pelakon Alif Satar dalam sebuah lagi drama terbaru yang berjudul 'Red Velvet'.
Sumber berita: BH Online