Jika kita tak pernah melihat ikan paus secara dekat, agak sukar untuk kita membayangkan betapa besarnya haiwan gergasi ini. 

Untuk mendapat gambaran lebih luas, ikan paus biru adalah haiwan paling besar di atas muka Bumi.

Lidahnya sahaja mampu mencapai saiz seekor gajah dan mulutnya mampu memuatkan 400 hingga 500 orang.

Namun, kita tak perlu bimbangkan hakikat bahawa kita akan ditelan oleh haiwan ini kerana anatomi tubuh ikan paus biru membuatkan hal ini mustahil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebaliknya, kita harus lebih bimbang dengan sepupu ikan ini yang lebih kecil iaitu paus sperma. 

Pada tahun 1891, muncul beberapa laporan tentang seorang lelaki yang ditelan oleh paus ini. Dan walaupun dia terselamat, semuanya mungkin tidak seperti dahulu lagi. 

Mengikut kisah tersebut, James Bartley ditelan ketika ikan paus menyerang kapalnya dan dia tidak diselamatkan sehingga keesokan harinya. 

kisah james bartley ditelan ikan paus sperma

Apabila kru penyelamat menemui dan membunuh ikan paus tersebut, mereka dengan segera membawa haiwan tersebut ke atas kapal dan membelah badannya yang membawa kepada penemuan James Bartley dalam keadaan tak sedarkan diri.

Muka dan tangannya berubah menjadi putih luntur dan matanya buta, yang mana disebabkan oleh asid perut ikan paus tersebut.

Walgaubagaimanapun, setelah beberapa tahun berlalu, orang ramai mula menyelidik kisah ini dan bertanyakan kepada James sama ada dia benar-benar ditelah paus sperma.

Sebagai contoh, bukankah asid perut ikan paus tersebut akan menyebabkab kerosakan yang lebih teruk berbanding kulit yang meluntur?

Menurut sains, jika seseorang ditelan paus, kerosakan pada kulit adalah perkara yang paling tidak perlu dibimbangkan. 

apa berlaku jika ditelan ikan paus 2

Perkara pertama yang harus dibimbangkan sebaik sahaja ditelan adalah hancur akibat gigi paus yang tersangat tajam. Setiap gigi haiwan ini bersaiz sekitar 20 sentimeter panjang atau bersamaan dengan panjang pisau masak yang biasa.

Dan ikan paus memiliki 40 hingga 50 batang gigi seperti ini. Jika anda bernasib baik melepasi barisan gigi tajam ini dengan selamat, anda akan mula masuk ke dalam tekak paus.

Bukan sahaja ia gelap dan berlendir, anda juga akan sukar untuk bernafas disebabkan kekurangan oksigen dan peningkatan gas metana. 

Ketika paus memaksa anda masuk melaluinya, anda akan berasakan asid hidroklorik mula memakan kulit. Kemudian, anda akan masuk ke dalam perut pertama dan yang terbesar dalam 4 perut paus ini.

Anda mungkin akan berada dalam perut pertama ini buat seketika dan berita baiknya adalah anda akan mendapat cahaya dalam bentuk sotong bioluminescent kerana paus sperma sangat gemarkan sotong ini.

perbandingan saiz ikan paus biru

Kemudiannya anda akan bergerak ke perut kedua dan hingga yang terakhir, dengan asid perut memakan tubuh badan anda hingga mungkin membuatkan anda kehilangan segala isi yang ada sebelum dibuang melalu dubur haiwan ini.

Jadi, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa anda ditelan oleh ikan paus dan masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri tersebut kepada orang ramai.

Dengan ini, kisah yang diceritakan oleh James pada tahun 1890an adalah tidak benar. Dan walaupun saiz ikan ini tersangat besar, paus sebenarnya tidak mempunyai keinginan untuk memakan manusia.

Rujukan:

1. Youtube

2. Smithsonian

3. Interesting Engineering




Hakcipta iluminasi.com (2017)