Oleh pada 12 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Astro

     

KONSEP

Rancangan pertandingan nyanyian yang berkonsepkan realiti televisyen (realiti TV). Menampilkan para peserta di kalangan generasi alaf baharu yang mendapat jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

     

PESERTA

Mengambil inisiatif berkongsi karya muzik di persada antarabangsa, beberapa penyanyi dari luar negara turut diundang sebagai peserta. Barisan penyanyi tempatan yang mengambil bahagian ialah Fieya Julia, Kucaimars, Sheryl Shazwanie, Neeta, Santesh, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin. Manakala, penyanyi luar negara terdiri daripada Aziz Harun dari Brunei, Chaleeda (Thailand), Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan).

    

TEMPOH SIARAN

Ke udara selama 8 minggu.

    

PENAJA

Jenama telefon pintar, Vivo bertindak sebagai penaja utama. Manakala Farm Fresh (jenama tenusu) selaku penaja bersama.

    

RAKAN DIGITAL DAN RADIO RASMI

Portal Gempak memegang peranan sebagai rakan digital, manakala ERA sebagai rakan radio rasmi.

    

JURI

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi tanggungjawab sebagai juri tetap, manakala dua penyanyi dari Indonesia, Judika dan Cakra Khan bergilir-gilir menduduki kerusi juri setiap minggu. Tidak ketinggalan, seorang lagi juri undangan akan dijemput pada setiap konsert.

    

GURU VOKAL

Para peserta bakal dibimbing Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi yang menggalas tanggungjawab sebagai Guru Teknikal Vokal.

    

PENGARAH MUZIK

Konsert dengan iringan muzik 'live' dibarisi pemuzik berpengalaman, dinaungi pengarah muzik, Sharhan Syazwan atau nama panggilannya, Ca’an.

    

PENGACARA

Masih mengekalkan pasangan hos, Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pengacara konsert mingguan. Manakala personaliti ERA, Hani Fadzil bakal mengendalikan program ‘Studio Big Stage’ dan ‘Kompilasi Studio Big Stage’. Personaliti ERA, Radin Amir dan bekas peserta Big Stage musim pertama, Sissy Imann merupakan hos ‘Big Stage Live Plus’ yang ke udara menerusi platform digital.

    

HADIAH

Juara bakal menerima habuan wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi. Tidak ketinggalan, pemenang keempat dan kelima meraih RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

    

FORMAT PENJURIAN

Keputusan ditentukan sepenuhnya oleh juri profesional. Bagaimanapun tiga peserta yang menduduki tangga tercorot akan melalui kaedah undian secara atas talian daripada penonton menerusi laman sesawang www.gempak.com/Bigstage. Peserta dengan undian paling rendah akan disingkirkan di hujung konsert.

    

WAKTU SIARAN

Konsert mingguan 'Big Stage 2019' ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), dibawa secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mulai 18 Ogos 2019.

Khas buat pelanggan NJOI, konsert minggu pertama turut bersiaran di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Program 'Studio Big Stage’ yang memaparkan aktiviti peserta di belakang tabir akan menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang, mulai 12 Ogos 2019. Jika terlepas boleh ikuti ‘Kompilasi Studio Big Stage’ setiap Sabtu, jam 10 malam bermula 17 Ogos 2018.

‘Big Stage Live Plus’ ke udara pada jam 8.50 malam menerusi laman sesawang www.gempak.com/Bigstage yang disiarkan secara serentak dengan konsert mingguan Big Stage 2019 iaitu bermula 18 Ogos 2019.

Perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand menjadi alternatif lain untuk program-program Big Stage di platform digital dengan pilihan yang lebih fleksibel.

    

konsert big stage musim 2 785

Kredit foto: Instagram @astrogempak

    

Sumber:

1. Astro

2. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)