Oleh pada 06 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Laman Rasmi Big Stage

    

Program realiti, Big Stage musim kedua akan membuka tirainya mulai 18 Ogos ini, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Seperti musim pertama, pertandingan nyanyian yang bersiaran selama lapan minggu ini akan menggabungkan penyanyi muda popular atau 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).

Tahun ini menampilkan enam peserta lelaki dan enam peserta perempuan yang terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea.

    

big stage musim 2

Kredit foto: Instagram @astrogempak

    

Peserta lelaki ialah empat penyanyi tempatan iaitu Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, bersama seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan penyanyi Korea, Han Byul.

Manakala, peserta perempuan dibarisi empat artis muda Malaysia iaitu Fieya Julia, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani dan Syada Amzah (adik Shila Amzah), bersama seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi Indonesia, Dinda Permata.

Dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal di kerusi juri tetap. Dua penyanyi Indonesia, Judika dan Chakra Khan akan bergilir-gilir menjadi juri kedua pada setiap minggu. Tidak ketinggalan, seorang lagi juri undangan mingguan.

Juruhebah radio ERA, Radin dan bekas peserta Big Stage musim pertama, Sissy Imann diberi mandat sebagai hos Big Stage Live Plus yang ke udara di platform digital.

Manakala Hani Fadzil yang juga juruhebah ERA, bakal mengemudikan program Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.

Juara rancangan yang dibawa secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan menerima habuan wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

    

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)