Kredit foto: Instagram Prime Eagle Studios
Lembayung merupakan sebuah filem seram Indonesia yang diterbitkan pada tahun 2024, arahan Baim Wong. Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang ditulis oleh Pica dalam sebuah bebenang di Twitter yang pernah menggemparkan dunia maya sekitar tahun 2022, bertajuk 'Jin Poli Gigi'.
Ia berkisarkan dua pelajar yang menjalani latihan praktikal di sebuah klinik, yang dipenuhi dengan kejadian mistik selepas seorang pesakit misteri muncul, memaksa mereka untuk menyingkap rahsia gelap yang menghantui klinik tersebut.
Sinopsis
Lembayung mengisahkan tentang Pica dan Arum, dua sahabat baik yang sedang menjalani latihan amali kejururawatan mereka di Klinik Lembayung, sebuah poliklinik gigi yang terletak di sebuah bandar kecil di Jawa Tengah. Klinik tersebut baru sahaja beroperasi semula selepas sekian lama ditutup. Khabar angin mengatakan bahawa beberapa tahun yang lalu, seorang doktor di klinik itu telah membunuh diri.
Pada mulanya, Pica dan Arum tidak merasakan apa-apa yang ganjil sewaktu mereka mula bertugas. Klinik itu kelihatan seperti mana-mana hospital biasa, penuh dengan pesakit yang memerlukan rawatan dan rutin kerja berjalan seperti biasa.
Arum, sedang melawan penyakit kemurungan dan terpaksa bergantung kepada ubat anti-kemurungan, berusaha menjalankan tugasnya dengan baik, sementara Pica pula sibuk mengurus pesakit yang datang.
Namun, semakin berlalunya masa, keanehan mula menyelubungi hari-hari mereka. Peristiwa mistik yang tidak masuk akal perlahan-lahan muncul menghantui mereka. Setiap gangguan yang terjadi semakin lama semakin mengganggu fokus mereka. Apa yang bermula sebagai hari-hari biasa berubah menjadi mimpi ngeri, lalu Arum serta Pica mula merasai tekanan.
Pada suatu malam, Pica dan Arum terkejut apabila seorang pesakit misteri muncul di klinik pergigian itu. Wanita berambut panjang itu datang dengan tingkah laku yang aneh hingga menyeramkan hati kedua-dua sahabat ini. Mereka menyangka dia mungkin salah seorang pesakit yang melarikan diri dari wad. Namun, kehadiran wanita itu tidak terhenti di situ; bayang-bayangnya terus menghantui mimpi Arum setiap malam.
Semakin hari, Klinik Lembayung dikejutkan dengan pelbagai kejadian aneh, diikuti dengan siri tragedi yang mengganggu ketenangan di tempat itu. Ketegangan meningkat apabila mereka berusaha mendapatkan bantuan, namun usaha itu sebaliknya membawa ancaman kepada nyawa mereka dan orang-orang terdekat.
Kematian tragis beberapa pekerja hospital terjadi satu demi satu, lantas mencipta suasana huru-hara yang menakutkan. Dalam keadaan Arum yang mula dirasuk, Pica bertekad untuk merungkai misteri yang menyelubungi Klinik Lembayung. Dia tahu, jika tidak, sahabatnya mungkin akan menjadi mangsa seterusnya.
Tanpa disangka, klinik itu ternyata menyimpan rahsia gelap yang berkait rapat dengan sosok hantu wanita tersebut, berhubung sebuah kisah tragis yang menghantui tempat itu sejak sekian lama.
Baca: 8 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Anna Jobling
Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 8 Filem Melayu Terbaru (2024) Mesti Tonton!
Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam (Waruga), Kini Di Netflix Malaysia!
Maksud Lembayung
Lembayung membawa makna sejenis tumbuhan herba, bunga jamban dan keladi bunting, serta merujuk kepada warna merah ungu.
Kredit foto: Instagram Baim Wong
Pelakon / Cast
Drama ini dipacu oleh aksi lakonan daripada Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka, Oka Antara dan Anna Jobling.
Kredit foto: Instagram Anna Jobling
Penceritaan turut diperkuatkan dengan kehadiran watak-watak sampingan yang dilakonkan oleh Daffa Wardhana, Tio Pakusadewo, Paula Verhoeven, Mario Maulana, Erick Estrada, Dayu Wijanto, Asri Welas, Ence Bagus, Wulan Guritno dan Sari Nila.
Turut serta, Kiano Tiger Wong, Immanuel Cahyo, Dyah Mulani, Tuwek Dinmas Herjuno, Rayyan, Ellen Martha, Anang Darwanto, Heru Prasetyo, Juhandono S dan Dayat Hasibuan.
Watak Pelakon
Taskya Namya sebagai Pica
Yasamin Jasem sebagai Arum
Arya Saloka sebagai Dr. Teto
Oka Antara sebagai Ringgo
Anna Jobling sebagai Tantri
Daffa Wardhana sebagai Dimas
Tio Pakusadewo sebagai Bapa Teto
Paula Verhoeven sebagai Ibu Dimas
Mario Maulana sebagai Jeki
Erick Estrada sebagai Moming
Asri Welas sebagai Ida
Dayu Wijanto sebagai Ibu Arum
Wulan Guritno sebagai Ayu
Ence Bagus sebagai Heru
Sari Nila sebagai Ibu Teto
Kiano Tiger Wong sebagai Abang Dimas
Immanuel Cahyo sebagai Bapa Arum
Dyah Mulani sebagai Heni
Tuwek Dinmas Herjuno sebagai Mr. RT
Rayyan sebagai Little Teto
Heru Prasetyo sebagai Dukun
Ellen Martha sebagai Penyampai Berita
Anang Darwanto sebagai Pemandu Teksi Motosikal
Juhandono S sebagai Penumpang Bas
Dayat Hasibuan sebagai Pemandu Bas
Kredit foto: Instagram Baim Wong
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Diarahkan oleh Baim Wong, skrip yang digarapnya bersama Ruben Adrian, Emilka Chaidir dan Gemati Rahayu telah direalisasikan menjadi naskhah filem menerusi produksi Prime Eagle Studios dan Tiger Wong Entertainment.
Berdasarkan cerita asal oleh El Shinta Pica.
Kredit foto: Instagram Prime Eagle Studios
Tarikh Tayangan
Mengisi skrin perak, filem ini mula dilancarkan di Indonesia pada 19 September 2024.
Judul: Lembayung
Genre: Seram, Thriller
Bahasa: Indonesia
Durasi: 2 jam 3 minit
Kredit video: Film Lembayung - Full Official Movie Trailer , Release Date 19 September 2024