Tahun 2024 menjanjikan deretan karya filem tempatan yang lebih mengujakan di pawagam.
Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy
Penerbitan filem yang tersedia secara eksklusif di platform dalam talian turut menambah kemeriahan suasana.
Kredit foto: Instagram Wan Raja
Di sini, kami hidangkan 8 filem Malaysia yang mungkin anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya.
Klepet
Pelakon: Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Meerqeen
Tarikh Tayangan: Akan datang 2024
Sinopsis
Filem aksi komedi 'Klepet' mengisahkan tentang tiga sahabat baik — Pali, Jani dan Wadi — yang sedang menikmati percutian bersama Kumpulan Motorhome. Namun, suasana yang tenang tiba-tiba bertukar kacau-bilau dengan kemunculan Lola, seorang gadis Ukraine yang sedang melarikan diri daripada geng penculik (scammer).
Reversi
Pelakon: Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, Hasnul Rahmat
Tarikh Tayangan: Akan datang 2024
Sinopsis
Reversi, arahan Adrian Teh yang terkenal dengan reputasinya dalam dunia perfileman, mengisahkan Akid, seorang perunding polis berusia 40 tahun, yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk kembali ke masa lalu. Kuasa ini diwarisinya daripada keluarganya, namun setiap kali digunakan, ia mengorbankan jangka hayatnya. Selepas kemalangan tragis yang menimpa isteri dan anaknya, Akid berusaha mengubah masa lalu demi masa depan mereka.
Pungut
Pelakon: Ruzaidi Abdul Rahman, Aman Graseka, Fad Anuar
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2024
Sinopsis
Filem aksi arahan Areel Abu Bakar, yang popular dengan karya hebat seperti Geran dan Walid, mengisahkan Salleh, seorang pengutip barang lusuh di perkampungan setinggan berhampiran kawasan pelupusan sampah. Kehidupan tenangnya diuji apabila Din Cengkoi, ketua kumpulan jenayah, mula melihat potensi kawasan itu sebagai markas baru, seterusnya menggugat ketenteraman yang ada.
Reeza GTR
Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah , Instagram Alif Satar
Pelakon: Alif Satar, Sophia Albarakbah
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024
Sinopsis
Reeza, sebuah filem romantik komedi aksi daripada produksi terkenal, Grand Brilliance Studio Sdn Bhd, mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Reeza yang berubah selepas menyelamatkan Myra, seorang wanita yang ditemuinya dalam bonet kereta. Sejak itu, mereka diburu oleh lelaki-lelaki misteri dan pertemuan ini membuka mata Reeza tentang takdir serta ketentuan Tuhan.
Enam Sebelah (Tonton)
Pelakon: Aniq Suhair, Fadhli Masoot, Wafiy Aan, Josiah Hogan, Wan Raja
Tarikh Tayangan: 19 Jun 2024
Sinopsis
Filem original Tonton ini mengisahkan Yasin, bintang bola sepak Majidee United, yang sering mencuri perhatian di padang bersama sahabatnya, Karim. Namun, segalanya berubah apabila Yasin mengalami kecederaan, memberi peluang kepada Perling Rovers, seteru utama mereka untuk mendominasi perlawanan. Dengan kehadiran pemain baharu, Khalid dan Kevin, Majidee United kini berdepan cabaran besar untuk merampas kembali kejuaraan dalam kejohanan Enam Sebelah.
Sahak Gangster
Kredit foto: Instagram Hariz Hamdan
Pelakon: Hariz Hamdan, Nelissa Nizam, Yana Samsudin, Usop Wilcha
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
'Sahak Gangster' filem aksi komedi yang bakal menggegarkan panggung hujung tahun ini, diarahkan oleh Ahmad Idham, pengarah berpengalaman yang kini kembali aktif dalam dunia pengarahan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan karya terbarunya ini.
Menanti Yang Pasti (Tonton)
Pelakon: Hisyam Hamid, Duerra Mitilda, Zara Zya, Atikah Suhaime, Syazuwan Hassan
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2024
Sinopsis
Diarahkan oleh Jamal Khan, yang dikenali dengan drama-drama televisyen popular, filem ini membawa penonton dalam perjalanan emosi yang meruntun jiwa. Haikal, seorang bapa yang tabah, berusaha keras untuk membahagiakan anak perempuannya, Bella, yang sedang melawan penyakit jantung kongenital. Dengan masa yang semakin singkat, Haikal merancang sambutan hari jadi Bella untuk usia-usia yang mungkin tidak sempat dicapainya — seperti 16, 17, 18, 21, 23, 24, 28, 29 dan 40 tahun — sebagai satu cara untuk menghadirkan detik-detik istimewa dalam hidup Bella.
Gelora (Astro First)
Pelakon: Nabila Huda, Azrel Ismail, Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon
Tarikh Tayangan: Julai 2024
Sinopsis
Filem penuh emosi ini mengisahkan Manaf, Husin dan Bakar, tiga sahabat nelayan yang menghadapi bencana laut. Ketika pulang dari menangkap ikan, bot mereka diterjang gelombang besar, menyebabkan Manaf jatuh ke laut dan hilang tanpa jejak, serta disangka sudah mati. Isterinya, Maryam, terpaksa bergelut menyara anak-anak dengan menjual kuih-muih, disokong Saleha yang juga menghadapi masalah kewangan. Ketegangan memuncak apabila Jalil mengancam untuk merosakkan perniagaan Maryam kerana mempertahankan Saleha, kemudian sesuatu berlaku secara tiba-tiba dalam penceritaan tragik ini, dibintangi oleh Nabila Huda dan Azrel Ismail.
Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Filem Korea Terbaru 'Best' (2023 / 2024), Boleh Tonton Secara Online!
Baca: 10 Filem Komedi 'Lawak' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!
Baca: 10 Filem Melayu Terbaru 'Best' Di Platform Netflix Malaysia (2024)