Kredit foto: Instagram GSC Cinemas
Filem seram 'Khong-Khaek: The Djinn's Curse' kini tiba di Netflix. Diterbitkan pada tahun 2023, filem Thailand ini akan mula bersiaran dalam talian di platform berkenaan pada 18 April 2024. Kemunculannya yang bertepatan dengan musim cuti Aidilfitri dijangka menjanjikan tempat dalam carta filem paling popular di penstriman tersebut.
Menariknya, filem ini juga sebenarnya telah menjadi tumpuan ketika dilancarkan untuk tayangan di pawagam kerana ia merupakan filem seram pertama dalam genre Islamik di Thailand.
Kredit foto: Instagram TGV Cinemas
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang keluarga Win yang berpindah ke sebuah kampung terpencil di Selatan Narathiwat dalam usaha untuk melarikan diri daripada gangguan makhluk halus. Namun, apa yang mereka harapkan sebagai perlindungan malah menjadi awal kepada kengerian yang lebih besar. Gangguan misteri tidak hanya menimpa Win dan isterinya, Joy, bahkan juga dua anak perempuan mereka, Meena dan Lin. Situasi menjadi semakin runcing apabila anak sulung Win, Meena, terbabit dalam kemalangan tragis bersama ibunya.
Kredit foto: Instagram TGV Cinemas
Kesedihan mereka belum berakhir apabila mereka mengetahui Lin, anak bongsu mereka, kini menjadi sasaran jin yang memburu keluarga mereka. Win, dalam usaha untuk melindungi keluarganya, harus menyelidik asal usul gangguan tersebut dan menyingkap rahsia yang menyelubunginya.
Baca: Info Dan Sinopsis Filem J2: J Retribution (2021), Kini Di Netflix!
Baca: Info Dan Sinopsis Dough (Doh), Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle, Kini Di Netflix!
Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!
Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!
Kredit foto: Facebook TGV Cinemas
Pelakon / Cast
Dalam filem ini, watak-watak diketengahkan oleh Golf-Akara Lucas, Tubtim-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen dan Piyarat Jatupong.
Kredit foto: Facebook TGV Cinemas
Melibatkan diri dalam menghidupkan kisah menerusi peranan-peranan sampingan ialah Thiti Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit, Ahmad Kasemiyah Dolah, Adull Borsu dan Muhammad Monwichit.
Watak Pelakon
Golf-Akara Lucas sebagai Win
Tubtim-Anyarin Terathananpat sebagai Joy
Mo-Amena Pinit sebagai Nusreen
Marika Phraekhieocharoen sebagai Meena
Piyarat Jatupong sebagai Lin
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Filem ini membabitkan kerjasama antara produksi M Thirty Nine (M-39) Co. Ltd dan Monwichit Entertainment, serta Kriangkrai Monwichit sebagai pengarah dan Kanjana Sriman selaku penulis skrip.
Tarikh Tayangan
Pada 28 September 2023, filem ini membuat debutnya di pawagam Thailand, manakala di Malaysia, penayangan berlangsung bermula 2 November 2023.
Kredit foto: Facebook TGV Cinemas
Netflix, platform penstriman terkemuka, menyiarkan ia sebagai sebahagian daripada kandungan programnya mulai 18 April 2024.
Kutipan
Filem ini turut mendapat sambutan luar biasa dari penonton di Thailand dengan kutipan sebanyak RM6 juta dalam hanya 11 hari tayangan.
Judul: Khong-Khaek: The Djinn's Curse
Genre: Seram Islamik
Bahasa: Thailand
Durasi: 1 jam 38 minit
Platform online: Netflix
Kredit video: Filem Khong Khaek: The Djinn's Curse - Full Official Movie Trailer