Kredit foto: Instagram Qistina Khaled
Slot Samarinda di TV3 akan dihidupkan dengan drama bersiri ‘Calar Cinta’ yang bakal bersiaran mulai 9 Oktober 2024.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Melakonkan watak-watak ialah Nafiz Muaz, Harissa Adlynn Halim, Qistina Khaled, Sham Visa, Rahim Omar dan ramai lagi.
Tayangan episod terkini akan dibawakan di platform Tonton 24 jam lebih awal.
Sinopsis
Drama Calar Cinta mengisahkan tentang tiga sahabat karib yang sedang menghampiri detik tamat pengajian mereka di kolej. Adrea, seorang yang bercita-cita tinggi dalam dunia perniagaan, Inara yang mempunyai impian besar untuk menjadi seorang doktor dan Haris yang terpesona dengan seni kulinari, kini mula merencanakan masa depan masing-masing.
Namun, persahabatan mereka yang akrab mula dilanda badai apabila Haris mengaku mencintai Adrea. Dalam diam, Inara juga menyimpan rasa terhadap Haris, lantas mencipta ketegangan di antara mereka. Untuk menjauhkan Inara dan mendapatkan perhatian Haris, Adrea berlagak seolah-olah membalas cinta sahabatnya itu. Dalam permainan emosi ini, ketiga-tiga mereka terperangkap dalam konflik yang tidak hanya menguji hubungan persahabatan, malah juga hati dan perasaan masing-masing.
Adrea terbawa dalam jerat cemburu kerana tidak mampu menerima jika ada orang lain lebih daripadanya. Sebagai anak tunggal yang dibesarkan dalam kemewahan, dia terbiasa mendapatkan segala yang diinginkan tanpa halangan. Namun, di sebalik kesenangan yang dinikmatinya, tersembunyi sisi gelap dalam dirinya — sifat egois dan ketidakpuasan hati yang tidak pernah berkesudahan. Kecenderungan ini membentuknya menjadi seorang yang sering meruntuhkan nilai dalam persahabatan demi memastikan dirinya berada di atas.
Perkahwinan antara Adrea dan Haris, yang terjalin tanpa keikhlasan, penuh dengan lakonan dan sandiwara. Rasa iri hati mencengkam jiwa Adrea dan menguasai setiap tindak tanduknya. Walaupun mereka telah dikurniakan seorang anak, hubungan itu tetap rapuh. Keserasian antara mereka tidak pernah wujud dan Adrea memanfaatkan perkahwinan itu hanya untuk merobek hati Inara, menjadikan hidupnya penuh dengan kepura-puraan.
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pelakon / Cast
Watak-watak utama dalam drama ini diberi nafas oleh barisan pelakon terkenal iaitu Nafiz Muaz, Harissa Adlynn Halim dan Qistina Khaled.
Calar Cinta, yang bukan adaptasi dari mana-mana novel, bakal menggantikan siri Penggali Kubur Dan Miss Sleepwalker di slot Samarinda TV3. Kredit foto: Instagram Nafiz Muaz
Membawa peranan sampingan yang melengkapkan penceritaan ialah Sham Visa, Nadia Kesuma, Rahim Omar, Acong Sweetchild dan Wan Gegau.
Watak Pelakon
Nafiz Muaz sebagai Harris
Harissa Adlynn Halim sebagai Adrea
Qistina Khaled sebagai Inara
Sham Visa sebagai Dr Zarif
Nadia Kesuma sebagai Halimah
Acong Sweetchild sebagai Faris
Wan Gegau sebagai Rahul
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Azhar Khalid (Apache) memimpin pengarahan drama ini yang dihasilkan dari karya skrip penulis Amaz Mazilan, seterusnya diterjemahkan ke layar oleh produksi Million Pictures Sdn Bhd.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Qistina Khaled - Senja Ku Rindu [Official Music Video]
Tajuk: Senja Ku Rindu
Penyanyi: Qistina Khaled
Komposer: Khairul illham, QK
Penulis lirik: Amirul Rizuan, Arnab Santai
Tarikh Dan Waktu Tayangan
'Calar Cinta' dengan 15 episodnya menghiasi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3, bermula 9 Oktober 2024.
Kredit foto: Instagram Nafiz Muaz
Platform Tonton memberi peluang kepada anda untuk menonton episod baharu 24 jam lebih awal daripada tayangan di TV.
Tajuk cerita? Calar Cinta
Berapa episod? 15 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis
Bila tayang? Pukul 10 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton