Oleh pada 21 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Azhan Rani , Instagram David Teo , Instagram Anna Jobling , Instagram Amir Ahnaf

       

Tahun 2025 menyaksikan drama Melayu terus menghidangkan kisah-kisah penuh konflik — cinta yang diuji, dendam yang membara dan pengorbanan yang tiada noktah.

         

drama melayu terkini 46123 495

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

        

Tidak ketinggalan, 10 drama terbaik di Astro yang wajib anda saksikan!

       

Dia Punya Hati

drama melayu best 32646

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

       

Dia Punya Hati, sebuah kisah penuh emosi yang meruntun jiwa, mengangkat realiti kehidupan insan terpinggir dan merungkai isu gangguan mental dengan penuh keinsafan. Karya Siti Rosmizah ini menampilkan lakonan menyentuh hati daripada Fikry Ibrahim dan Emma Maembong.

Mengisahkan kehidupan Aliem, seorang lelaki kurang upaya mental yang setiap hari berdiri di hadapan sekolah anak saudaranya dengan botol air di tangan. Telefilem ini menyoroti impiannya yang tidak pernah kesampaian untuk belajar seperti kanak-kanak lain.

        

Format: Telefilem

Tarikh Tayangan: 31 March 2025

Slot Tayangan: Telemovie Raya (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

         

Luluh

drama melayu astro 2025

Kredit foto: Instagram Amir Ahnaf

        

Kisah tragis seorang anak derhaka — Aznan — yang malu dengan asal-usulnya sendiri, apatah lagi dengan ibunya yang serba kekurangan. Demi mengejar status dan kehidupan mewah, dia sanggup meninggalkan segala-galanya, termasuk wanita yang melahirkannya.

Saat berjaya menambat hati Aishah, gadis dari keluarga kaya, Aznan cuba menghapus kisah latar belakangnya. Ibunya diserahkan bulat-bulat kepada adiknya, Suri, yang sedia terbeban dengan kesempitan hidup.

Telefilem penuh emosi ini bakal menyaksikan gandingan Fattah Amin dan Amir Ahnaf dalam sebuah karya yang diterbitkan oleh Country & Universal.

       

Format: Telefilem

Tarikh Tayangan: 5 April 2025

Slot Tayangan: Telemovie Raya (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

        

Dia Imamku

drama melayu 2025 45237

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

        

Drama Dia Imamku mengisahkan tentang Humairah, seorang wanita korporat yang angkuh dan memandang rendah terhadap Budin, pemuda kampung yang menjadi cucu angkat neneknya, Nek Bunga. Terpaksa menerima Budin sebagai pemandu peribadi, Humairah sering melampiaskan kemarahan terhadapnya. Namun, apabila sebuah rancangan jahat mengancam maruah Humairah, Budin tampil sebagai pelindung — mengahwininya demi menjaga kehormatannya.

       

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 17 Februari 2025

Slot Tayangan: Slot Megadrama (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku

        

Dendam Seorang Madu

tonton drama melayu 73255

Kredit foto: Instagram David Teo

        

Drama ini membawakan kisah Rayhana, seorang gadis miskin yang dipaksa berkahwin dengan Faris Alan demi mendapatkan rawatan untuk ibunya. Namun, perkahwinan mereka terganggu apabila Rayhana mendapat tahu dirinya hanyalah isteri kedua — dengan Izara, setiausaha Faris yang panas baran, sebagai isteri pertama. Lebih mengejutkan, ibu Faris, Hanum, mempunyai agenda tersembunyi untuk menguasai dana amanah peninggalan bapa Rayhana.

Ketika Rayhana bertekad membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum, sebuah rahsia terbongkar dan mengubah segalanya.

        

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 3 Mac 2025

Slot Tayangan: Slot Tiara (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

        

Seribu tahun

drama melayu online 55232

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

Menceritakan Puteri Imaan Suhana yang melarikan diri ke sebuah desa terpencil dalam keadaan hamil selepas dikhianati oleh teman lelakinya. Di sana, dia berkahwin dengan Shukri, seorang lelaki sederhana yang menerimanya tanpa syarat, meskipun sudah mempunyai isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat. Namun, beberapa tahun selepas perkahwinan, Imaan pergi meninggalkan anaknya bersama Shukri, memaksa lelaki itu membesarkan anak tersebut sendirian. Ketika Shukri disahkan menghidap Alzheimer peringkat awal, Imaan kembali — menuntut hak penjagaan anak mereka.

        

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 5 Mac 2025

Slot Tayangan: Slot DramaVaganza (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Honey Minta Maaf

drama 23254

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

         

Drama ini berpusat pada watak Honey, seorang ‘influencer’ popular yang hidupnya musnah akibat "cancel culture" selepas bertindak kasar terhadap peminat semasa pelancaran jenama solekannya. Dikecam netizen dan ditinggalkan suami, Honey mengalami serangan panik sebelum akhirnya sedar akan kesilapannya.

Dalam usaha mencari ketenangan dan keampunan, dia pulang ke kampung untuk menjaga bapanya, seorang Tok Imam yang hilang ingatan. Misi Honey mahu memulihkan semula namanya sebagai pempengaruh dengan menyelamatkan surau peninggalan bapanya. Mampukah dia mendapat peluang kedua?

        

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2025

Slot Tayangan: Drama Ramadan (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

        

Curang Tanpa Niat

drama melayu tv3 45329

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

        

Curang Tanpa Niat berkisarkan Elina, seorang isteri yang terperangkap dalam dilema selepas mendapati suaminya, Eshaal, berlaku curang di tempat kerja. Di persimpangan antara mempertahankan perkahwinannya atau melepaskan, kehadiran Ashraff, mekanik kacak yang memikat hatinya, semakin merumitkan keadaan. Adakah Elina akan memilih untuk bertahan, atau hatinya akhirnya berpaling kepada cinta yang tidak dijangka?

       

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 23 Disember 2024 - 13 Februari 2025

Slot Tayangan: Slot Megadrama (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat

        

Berbahagi Suami

drama melayu 2024 92366

Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

        

Rumah tangga Dhani dan Bella mula berantakan apabila Dhani memperkenalkan Aishah sebagai isteri keduanya, perkahwinan yang pada awalnya hanya atas dasar membalas budi. Namun, keadaan menjadi lebih tegang apabila satu rahsia mengejutkan terbongkar — Aishah dan Bella sebenarnya berkongsi bapa yang sama. Di tengah konflik poligami dan kekeluargaan yang semakin kusut, mampukah Dhani mencari jalan untuk menyatukan mereka, atau segalanya akan runtuh dengan kebenaran yang terdedah?

       

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2024 - 28 Februari 2025

Slot Tayangan: Slot Tiara (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami

       

Rahsiamu Selamat Denganku

drama melayu romantik episode website full list

Kredit foto: Instagram Alvin Chong

        

Drama ini mengangkat watak Profesor Hana, seorang pakar akademik yang dihormati, namun di sebalik imej profesionalnya, tersembunyi satu rahsia — dia sebenarnya peminat tegar K-Pop! Ketika dia bertemu lelaki idamannya, Profesor Rafel, harapannya musnah apabila mengetahui Rafel membenci peminat fanatik seperti dirinya.

Namun, dalam perjuangan mereka menentang pencipta aplikasi berbahaya yang menular di universiti, Hana dan Rafel mula menyedari bahawa menerima diri sendiri adalah langkah pertama dalam perjalanan penyembuhan.

         

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 9 Disember 2024 - 28 Januari 2025

Slot Tayangan: Astro Ria

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku

        

Ofis Politik

drama astro 66322

Kredit foto: Instagram Erysha Emyra

        

Sebuah siri satira yang mengupas isu semasa dalam politik, sektor awam dan masyarakat melalui naratif komedi di Jabatan Perantaraan — sebuah jabatan palsu yang asalnya diwujudkan untuk menyeleweng dana oleh Datuk Harun. Namun, selepas kematiannya, jabatan itu terpaksa mencari hala tuju baharu agar tidak dibubarkan. Zain, penolong pengarah baru, perlu berdepan dengan sekumpulan penjawat awam berprestasi rendah dan mencari cara untuk membuktikan bahawa jabatan tersebut masih relevan, meskipun kewujudannya sendiri penuh dengan kepincangan.

        

Format: Drama Bersiri

Tarikh Tayangan: 4 Disember 2024 - 23 Januari 2025

Slot Tayangan: Slot DramaVaganza (Astro Ria)

Platform online: Astro Go, Sooka

         

Baca: Senarai 10 Drama Malaysia Terbaru TV3 (2024 / 2025) 'Best', Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru 'Best' Di Platform Online, Netflix Malaysia (2024), Mesti Tonton!

        

*Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Megadrama Astro Ria - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

Slot Tiara Astro Ria - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang

Slot Drama Vaganza Astro Ria - setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)