Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Dibintangi oleh pelakon berpengalaman Amar Baharin dan bintang Isyariana Che Azmi, drama baharu adaptasi novel 'Biarkan Ia Pergi' karya Liza Nur akan ditayangkan secara eksklusif di slot Samarinda TV3 menggantikan siri Tarik Aku Ke Syurga yang ditutup tirainya semalam.
Kredit foto: Instagram Amar Baharin
Sinopsis Drama Novel Berepisod Biarkan Ia Pergi
Selepas dinodai oleh lelaki yang tidak dikenali, kehidupan Alissa (Isyariana Che Azmi) hilang tujuan dan hala tuju.
Bagai jatuh ditimpa tangga, dia ditinggalkan kekasihnya, Izani (Zaki Azeman) dan bukan sahaja dalam percintaan, tetapi juga dalam persahabatan apabila dikhianati oleh rakan yang dianggap seperti saudaranya sendiri, Fara Zaliqa (Asha Merican).
Anak perantau ini pulang ke kampung halaman untuk membina kehidupan baru bersama keluarga tercinta, namun dalam mengharungi rintangan hidup itu bukanlah mudah.
Berang dan terhina selepas Alissa disahkan mengandung anak yang tidak dikenali bapanya, Alissa telah dihalau keluar dari rumah oleh kedua ibu bapanya.
Dari seorang gadis yang lemah lembut dan penyayang, pelbagai kisah suka duka yang ditanggung menjadikan Alissa seorang wanita yang tabah memperjuangkan nasib anaknya, Ameen Zaquan (Mior Darwish).
Ada pelangi selepas hujan, ada kekuatan selepas diuji... Zaquan Zachery (Amar Baharin), lelaki yang pernah berbuat salah terhadapnya selama ini mencarinya semula, agar dia ada peluang lagi untuk memperbaiki diri dan menebus atas segala kesilapan yang dia lakukan, dan menerima Allisa sebagai suri hidup dan ibu kepada anaknya.
Tanpa mengenali orang yang pernah membuat onar terhadapnya dalam sejarah hitam lalu, Alissa menyambut kehidupan dengan penuh semangat dan harapan baru apabila insan bernama Zaquan muncul.
Kredit foto: Instagram Idzham Ismail
Pelakon / Cast
Menerajui Biarkan Ia Pergi ialah gandingan bintang Amar Baharin melakonkan Zaquan Zachery dan Isyariana Che Azmi memainkan watak Alissa. Pelakon lain termasuklah Asha Merican, Zaki Azeman, Mior Darwish, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Myra Natasya, Ana Dahlia, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Zulkifli Ismail.
Watak Pelakon
Isyariana Che Azmi sebagai Alissa
Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
Mior Darwish sebagai Ameen Zaquan
Asha Merican sebagai Fara Zaliqa
Zaki Azeman sebagai Izani
Hariz Hamdan sebagai Badry
Idzham Ismail sebagai Haris
Lia Natalia sebagai Daniela
Sabhi Saddi sebagai Aqasya
Kredit foto: Instagram Zulkifli Ismail
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Biarkan Ia Pergi arahan Fairuz Loy, ditulis Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Nur, dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Akulah Lelakimu
Penyanyi: Asfan Shah
Komposer: Asfan Shah
Penulis lirik: Asfan Shah, Ahmad Fedtri Yahya
Kredit foto: Instagram Alaf 21
Waktu Siaran
Biarkan Ia Pergi, siri baharu 20 episod slot Samarinda, akan disiarkan di saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam mulai 11 Ogos 2022. Anda juga boleh melawati perkhidmatan Disney+ Hotstar untuk menonton rancangan ini melalui penstriman online.
Kredit video: Nantikan Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 Pada 11 Ogos Di TV3