Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila
Penyanyi Indah Ruhaila mahu sahabat baiknya, Idayu menjadi juara rancangan realiti AF Megastar.
Indah dalam kenyataan terbarunya melahirkan perasaan kagum dengan persembahan konsisten setiap minggu ditunjukkan penyanyi berkenaan, termasuk auranya sebagai seorang juara.
"Kalau boleh, saya nak lihat peserta perempuan menjadi juara dan orang itu sudah semestinya Idayu yang saya anggap sebagai kakak.
"Saya rasa, dia paling layak, terutama dari sudut vokal dan persembahan. Idayu juga peserta yang berkeyakinan dan memiliki aura untuk menjadi seorang juara," katanya memetik laporan portal BH Online.
Indah ditemui di Majlis Sidang Media Kuala Lumpur Wedding Festival.
Penyanyi itu hadir untuk menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen Rico Rinaldi.
Antara kelibat lain yang kelihatan termasuk aktres Ruhainies dan Serina Redzuawan; wakil penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif Terra Juta, Shamsul Amir bersama nama-nama terkemuka dalam industri fesyen termasuk Rizman Ruzaini serta Azura Mazaruddin.
Sementara itu, Indah yang juga peserta AF Megastar mengakui dia adalah peminat Idayu sejak Akademi Fantasia Musim Ketiga lagi.
Kerinduannya terhadap vokal wanita itu terubat apabila penyanyi berusia 32 tahun itu membuat kemunculan semula di Konsert Homecoming AF Megastar menyanyikan lagu Hurts.
Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila
"Sudah lama tidak melihat dia menyanyi dan sebaik saja menonton persembahannya malam itu, saya jadi terpegun. Sepanjang mengenalinya di AF Megastar, dia seorang yang tidak lokek ilmu dan selalu memberikan bimbingan kepada saya," katanya.
Pada Konsert Akhir AF Megastar yang bakal berlangsung Ahad ini menyaksikan Idayu dicabar empat finalis lain iaitu Marsha, Syamel, Bob dan Shahir bagi merebut gelaran juara.
Sumber berita: BH Online