Kredit foto: Astro Gempak
Aktor dan model, Idris Khan, memilih untuk disatukan dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018.
Idris, 29, bagaimanapun, berkata lokasi majlis masih belum ditentukan.
"Saya dan Sanaa akan berkahwin pada 20 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Cuma lokasi sebenar masih belum ada.
"Keluarga Sanaa akan turun ke sini untuk majlis perkahwinan kami.
"Setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan saya tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal itu (kahwin)," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.
Idris membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya, semalam.
Difahamkan pasangan ini telah berkawan selama dua tahun dan memutuskan untuk membawa hubungan itu ke fasa perkahwinan pada awal tahun ini.
Kredit foto: Astro Gempak
Idris berkata, kekasihnya itu kini terpaksa berulang-alik ke negara asal untuk melengkapkan dokumen perkahwinan mereka.
"Buat masa ini Sanaa perlu berulang-alik ke negaranya untuk menguruskan beberapa dokumen menjelang majlis kami tahun depan," tambahnya.
Idris Khan yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Hero Remaja 2008, pernah membintangi beberapa drama popular, antaranya Mr. Donat Karamel, Duda Terlajak Laris, Cik Serba Tahu dan Cinta Hati Abah.
Sumber berita: Astro Gempak