Kredit foto: qasyahfulmalayworld.blogspot.my
Ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya.
Menurut Irma menerusi laman Facebook, dia berasa kecewa kerana dilayan tak ubah seperti kain buruk selepas bersusah-payah membesarkan anaknya itu.
Lebih teruk lagi, Irma turut menggelarkan Sufi sebagai "Malin Kundang".
Kredit foto: Facebook Irma Suriana Mahamud
Bagaimanapun, Sufi tidak berdiam diri, sebaliknya memberikan kenyataan balas juga menerusi akaun Facebook.
Menurut Sufi, dia masih menyayangi dan menghargai ibunya. Malah setiap doa dan harapannya disandarkan kepada orang tuanya itu.
Kredit foto: Facebook Mohammad Sufie
Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya krisis yang melanda antara dua beranak ini. Diharapkan segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan hubungan dingin tersebut akan kembali pulih seperti sediakala.
Kredit foto: beritaharian.sg