Oleh pada 12 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sabhi Saddi & Instagram Astro Gempak

   

Penyakit misteri yang membelenggu anggota kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi menyebabkannya gagal mengawal pergerakan dan kebas satu badan sehinggakan terhantuk kepala, sewaktu membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ahad lalu.

Sabhi yang juga seorang pelakon itu terpaksa mendapatkan kerusi untuk duduk apabila keputusan layak ke minggu seterusnya diumumkan.

Menjelaskan situasi itu, Sabhi kepada portal Harian Metro berkata, dia pernah mengalami masalah cakera tergelincir (slipped disc) pada lapan tahun lalu.

   

sabhi saddi

Kredit foto: Instagram Sabhi Saddi

    

“Apa yang pelik, bermula Jumaat lalu sewaktu menjalani latihan di atas pentas GV6 tiba-tiba saya sakit belakang. Bagaimanapun rasa sakit itu berkurang apabila saya meninggalkan pentas.

“Keadaan semakin teruk ketika raptai penuh Sabtu lalu. Saya langsung tidak boleh bergerak, tubuh rasa kejang dan kaku.

“Mujur ketika itu ada suami Norshila Amin membantu,” katanya.

Tambah Sabhi, dia mendapatkan rawatan daripada suami Norshila yang mempunyai pengalaman dalam mengubati penyakit misteri.

Katanya, dia hanya pulih sejurus selepas suami Norshila menekan kedua belah ibu jari kakinya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

“Selepas itu saya terus boleh berdiri dan menjalani latihan seperti biasa,” katanya.

Walaubagaimanapun, kunjungan Sabhi ke hospital selepas raptai, mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit, termasuk simptom cakera tergelincir.

Sakit itu kemudian menyerang sewaktu dia membuat persembahan di konsert sehingga hilang kawalan di akhir persembahan menyebabkan badannya jatuh terhempas ke lantai dan kepalanya terhantuk kuat.

“Entahlah, susah untuk saya jelaskan apa yang berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu kaitkan apa yang berlaku ini ada kaitan dengan perkara mistik.

“Namun, nak nafikan pun tak boleh sebab badan saya memang sakit,” katanya.

   

Sumber berita: Sabhi Sadhi Sakit Misteri?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)