Sumber foto: Youtube alviroRR
King Coco, wanita yang dikenali dengan pelat 'mat saleh' tiruannya sentiasa menjadi sebutan di media sosial. Malah, namanya kian hangat diperkatakan sejak beliau menjadi isteri kedua kepada Kapten Azrin.
Dek kerana popularitinya, King Coco sering mendapat jemputan di media perdana sebagai tetamu rancangan televisyen selain terlibat dengan sesi fotografi suratkhabar dan juga majalah.
Sudah dinamakan rezeki, Coco kini turut membuat iklan di media sosial yang merupakan peluang keemasan untuk beliau menjana pendapatan sampingan. Ternyata, ramai pemilik produk mula menggunakan servis tersebut.
Tidak cukup dengan itu, pelakon Mira Filzah juga berminat untuk bekerjasama dengan beliau bagi mempromosikan produk kecantikan milik pelakon itu. Mereka berdua berganding bahu dalam sebuah video iklan produk foundation.
Bagaimanapun, video tersebut yang dimuatnaik di Instagram milik Mira menyebabkan segelintir followernya kurang gemar dengan kerjasama tersebut.
Dek kerana terlalu banyak komen negatif yang diberikan, akhirnya Mira Filzah bertindak membuang video tersebut.
Sumber berita: beritamemey.blogspot.com