Oleh pada 27 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram.com/liyanajasmay

Masih ingat dengan drama bersiri Kami yang pernah ditayangkan di 8TV suatu ketika dahulu? Anda pasti rindukan watak Lyn lakonan Liyana Jasmay dan Sofie lakonan Juliana Evans.

Sejak drama itu berakhir, agak jarang melihat kelibat dua aktres jelita ini bersama. Tambah-tambah lagi, Liyana Jasmay dilihat semakin jarang mendapat publisiti.

Namun, isteri kepada Fathuddin Mazlan itu masih lagi aktif dalam bidang penerbitan filem dan rancangan televisyen bersama syarikat produksi miliknya sendiri, Mermaid Studios.

Antaranya ialah program travelog, Fly Us To Asia, dimana dia bertindak sebagai pengacara bersama Juliana Evans yang bakal ditayangkan di RTM.

Menerusi rancangan itu, mereka berdua bakal meneroka sekitar negara-negara Asia. Malah, mereka juga dikhabarkan akan bergandingan untuk membintangi sebuah filem berjudul Bella & Jamie.

Liyana Jasmay kini merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.

Sementara itu, Juliana juga merupakan isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

Jom layan beberapa keping foto mereka bersama sepanjang penggambaran program itu.

Kredit foto: Instagram.com/flyustoasia




Hakcipta iluminasi.com (2017)