Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 39, menyatakan kesediaan untuk bertentang mata dengan cef yang mempertikaikan konsep ‘sweet table’ yang diperkenalkannya.
Malah, Fazley yang juga juara MasterChef Selebriti ini turut menyimpan niat untuk menuntut ilmu daripada cef berkenaan.
“Saya tidak ada masalah untuk berjumpa malah saya mahu belajar dengan chef yang dimaksudkan itu supaya saya jadi lebih bagus.
“Saya tidak mengenali chef tersebut tetapi sudi berkenalan dengannya,” kata Fazley memetik laporan portal Sinar Harian.
Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob
Terdahulu, seorang cef mengkritik konsep penyediaan hidangan unik ‘Sweet Table’ yang menjadi tular baru-baru ini.
Netizen pula mengatakan Fazley seperti kurang sopan kerana mencampak-campakkan makanan.
Bercerita lanjut, beliau mengatakan kontroversi yang timbul itu tidak menjejaskan sambutan pelanggan terhadap perniagaannya.
“Ayat sebenarnya bukan mencampak tetapi saya melambungkan sahaja agar manisan tersebut sampai di tempatnya.
“Konsep ini saya dapat ketika berada di Amerika dan saya bawa ke Malaysia. Setakat ini ramai yang suka malah jadual untuk ‘Sweet Table’ sepanjang Februari telahpun penuh," katanya.
Bukan sahaja tidak melatah, malah penyanyi Bila April ini sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada netizen kerana dari sudut positif, konsep hidangannya itu telah mendapat publisiti meluas.
Sumber berita: Sinar Harian